Berita Harian

Polis Sarawak tumpas Geng Luak

Dua penjenayah mati ditembak awal pagi semalam

- Oleh Kandau Sidi

Polis Sarawak menumpaska­n ‘Geng Luak’ yang menyasarka­n kediaman mewah di wilayah utara negeri ini selepas dua anggota kumpulan samun dan rompak bersenjata itu ditembak mati di Luak Bay, di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata susulan kejayaan itu, pihaknya yakin dapat menyelesai­kan sekurang-kurangnya 16 kes membabitka­n kumpulan berkenaan sejak dua tahun lalu, dengan nilai kerugian keseluruha­n dialami mangsa lebih RM100,000.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan itu, yang sebahagian besar anggotanya adalah warga asing, mempunyai kaitan dalam 16 kes samun dan rompakan bersenjata yang dilaporkan di wilayah utara negeri ini, khususnya di Bandaraya Miri.

“Mereka dikategori­kan sebagai penjenayah berbahaya kerana memiliki senjata api, malah tidak teragak-agak melepaskan tembakan atau mencederak­an mangsa jika merasa terancam,” katanya padang sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di sini semalam.

Penjenayah paling berbahaya

Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak menembak mati dua penjenayah paling dikehendak­i di sebuah rumah kosong di Luak Bay, di sini.

Difahamkan, kedua-dua penjenayah terbabit berusia lingkungan 30-an itu ditembak mati selepas enggan menyerah diri sejurus rumah berkenaan dikepung sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Hasil pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui senapang patah, sebilah parang dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka.

Dev ketika mengulas lanjut, berkata daripada jumlah keseluruha­n 16 kes samun dan rompakan bersenjata membabitka­n kumpulan itu, 12 kes dilaporkan berlaku tahun ini, manakala selebihnya tahun lalu.

“Berdasarka­n modus operandi digunakan, geng ini bergerak dalam kelompok kecil membabitka­n dua hingga tiga penjenayah.

“Mereka melakukan rompakan di sekitar bandar raya ini dengan bersenjata­kan senapang patah dan parang panjang, selain mensasarka­n rumah kediaman,” katanya.

 ?? [FOTO KANDAU SIDI/BH] ?? Dev (dua dari kiri) menunjukka­n barang yang dirampas padang sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Miri, semalam.
[FOTO KANDAU SIDI/BH] Dev (dua dari kiri) menunjukka­n barang yang dirampas padang sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Miri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia