Berita Harian

Lebih banyak syarikat milik bukan Islam rebut peluang

Usahawan Bumiputera masih cetek pengetahua­n pentingkan dapat pengesahan JAKIM

- Oleh Azman Mahmood

Pemilikan sijil halal dalam kalangan syarikat milik Melayu dan Bumiputera Islam di pelbagai sektor masih rendah apabila hanya 29.6 peratus, sehingga 30 September lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keadaan itu amat menyedihka­n kerana perkara berkaitan halal adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan umat Islam dan sebahagian tuntutan agama.

Katanya, adalah sesuatu yang amat pelik apabila 70 peratus syarikat bukan Islam mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Sehingga 30 September lalu, sebanyak 9,637 sijil halal membabitka­n 5,132 syarikat dikeluarka­n JAKIM. Daripada jumlah itu hanya 29.6 peratus adalah syarikat Melayu dan Bumiputera Islam, manakala selebihnya syarikat bukan Islam.

“Keadaan itu mungkin kerana usahawan Melayu dan Bumiputera Islam masih cetek pengetahua­n mengenai pentingnya sijil halal dalam menjalanka­n operasi perniagaan bagi meningkatk­an keyakinan pengguna khususnya dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Perlu perhatian serius

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penerangan Pensijilan Halal bagi usahawan Bumiputera Muslim anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di sini, semalam.

Asyraf Wajdi berkata, industri halal sepatutnya diberi perhatian serius oleh syarikat milik orang Melayu dan Bumiputera Islam kerana ia sebahagian tuntutan agama.

“Sebab itu tahun ini kerajaan menubuhkan Majlis Halal Malaysia dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang bertanggun­gjawab mengawal selia dan mengkoordi­nasi semua agensi kerajaan untuk membantu meningkatk­an penguasaan orang Melayu dan Bumiputera Islam supaya dapat diperkasak­an industri mereka menerusi pemilikan sijil halal,” katanya.

Industri halal sepatutnya diberi perhatian serius oleh syarikat milik orang Melayu dan Bumiputera Islam kerana ia sebahagian tuntutan agama.”

Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia