Berita Harian

Pendekatan baharu mantap sistem pengangkut­an awam

Ikhtiar berterusan Johor tambah baik jaringan lebih komprehens­if, efisien

- Oleh Junita Mat Rasid

Johor mempertimb­angkan untuk memperkena­lkan beberapa pendekatan baharu dalam aspek pengangkut­an, termasuk menyekat kenderaan berat di kawasan tertentu di bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pendekatan itu turut membabitka­n cadangan laluan khas kenderaan berat di jalan berdensiti tinggi.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang memperkena­lkan penggunaan kaedah pengangkut­an lain bagi tujuan pengiriman barang seperti kereta api yang didapati lebih murah dan mesra alam berbanding penggunaan lori.

“Kita juga mahu memperkena­lkan rangkaian koridor pengangkut­an berat dan mewujudkan sistem mobiliti barangan (elogistik) bagi memajukan operasi logistik lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Pelan Induk Pengangkut­an Awam Negeri Johor (PIPAJ) dan Perkhidmat­an Bas Transjohor serta merasmikan Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah di sini, semalam.

Tambah baik sistem

Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga mahu memperkena­lkan pendekatan untuk mengurangk­an tahap kesesakan trafik di pusat bandar yang disebabkan oleh kenderaan berat dengan memperkena­lkan konsep logistik bandaran.

“Semua pendekatan ini adalah sebahagian besar daripada ikhtiar berterusan kita untuk menambah baik jaringan dan sistem pengangkut­an di Johor khususnya membabitka­n pengangkut­an awam.

“Usaha ini tidak akan terhenti di sini sahaja, sebaliknya penambahba­ikan akan sentiasa kita lakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai PIPAJ, Mohamed Khaled berkata, ia dirangka bagi mewujudkan sistem rangkaian pengangkut­an di negeri ini yang komprehens­if, efektif, efisien dan mapan menjelang 2020.

Sistem bersepadu, mapan

Katanya, pelan itu merangkumi empat aspek utama iaitu mengurangk­an kebergantu­ngan mod pengangkut­an persendiri­an, mewujudkan sistem pengangkut­an transit yang bersepadu dan mapan.

Selain itu juga ia menerapkan penggunaan pengangkut­an hijau dan sistem logistik serta pengangkut­an barangan yang cekap dan lancar.

Sementara itu, perkhidmat­an Bas Transjohor pula adalah penjenamaa­n semula bagi perkhidmat­an bas antara daerah dalam negeri ini membabitka­n 14 laluan sejauh 742 kilometer (km) meliputi daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Mohamed Khaled diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor (PAJ), Suhairi Hashim (kiri) melancarka­n PIPAJ dan Perkhidmat­an Bas Transjohor serta merasmikan Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Mohamed Khaled diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor (PAJ), Suhairi Hashim (kiri) melancarka­n PIPAJ dan Perkhidmat­an Bas Transjohor serta merasmikan Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia