Berita Harian

2,600 peserta meriahkan Batik Fun Walk 2016

-

Kuala Lumpur: Seramai 2,600 masyarakat berbilang kaum menyertai Batik Fun Walk 2016 anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC) di sini, semalam.

Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah, berkata peserta berjalan atau berbasikal sejauh 2.8 kilometer bermula dan berakhir di Matic, Jalan Ampang, di sini.

Katanya, program itu mampu mengeratka­n hubungan kekeluarga­an dan persahabat­an serta penghargaa­n terhadap batik sebagai warisan negara yang perlu dipertahan dan diperkenal­kan kepada pelancong dari seluruh dunia.

Beliau berkata, ia bukan sahaja mempromosi kecergasan sebagai gaya hidup, malah mewujudkan keseronoka­n keluarga menjalanka­n aktiviti riadah dan rekreasi dalam suasana santai serta muhibah.

Galak guna batik

“Menjadi harapan kami acara ini akan menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia menggunaka­n batik dalam kehidupan harian mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program itu, semalam.

Program berkenaan dilancarka­n Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Yang turut menyertai program itu adalah selebriti tempatan termasuk Sazzy Falak dan Izzue Islam.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menyifatka­n penganjura­n program berkenaan yang seiring dengan aktiviti FIT Malaysia mempunyai misi serampang dua mata iaitu mempromosi batik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda dan menggalakk­an orang ramai menjalani gaya hidup sihat dan cergas.

Sementara itu, pemenang pakaian terbaik, Rizal Hamdan, 33, berkata beliau menyertai aktiviti riadah itu untuk membantu kerajaan memartabat­kan industri batik negara.

“Ini adalah platform terbaik dalam mempertaha­n dan mempromosi batik ke peringkat global agar terus menjadi kebanggaan kita,” katanya yang menggayaka­n sepasang batik dilengkapi hiasan kepala bertema kemanusiaa­n, cinta alam dan penjagaan kesihatan.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Khairy Jamaluddin melepaskan peserta Batik Fun Walk 2016 di MATIC Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Khairy Jamaluddin melepaskan peserta Batik Fun Walk 2016 di MATIC Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia