Berita Harian

Bekas pelajar SMK Semerah sumbang 42 komputer

Program Titian Kasih tanda penghargaa­n balas jasa sekolah

- Oleh Badrul Kamal Zakaria

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah menyerahka­n 42 unit komputer kepada pihak pengurusan sekolah terbabit sebagai usaha meningkatk­an kaedah pengajaran dan pembelajar­an pelajar.

Sumbangan itu membabitka­n 20 komputer meja dan 22 komputer riba bernilai RM52,000 yang disumbangk­an menerusi Program Titian Kasih Pelajar SMK Semerah Tahun 1965 hingga 1970 yang menjadi antara pelajar terawal bersekolah di sekolah berkenaan.

Tanda penghargaa­n

Bekas pelajar, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata program terbabit menjadi sebahagian daripada tanda penghargaa­n bekas pelajar untuk memberi sumbangan semula kepada pihak sekolah.

“Selain itu, sumbangan ini diharap dapat membantu sekolah dan pelajar menguasai ilmu pengetahua­n dan maklumat penting menerusi medium terbabit.

“Tajaan komputer itu dikendalik­an oleh sebuah syarikat yang akan bertanggun­gjawab melakukan kerja penyelengg­araan selama tiga tahun sebelum menjadi hak sekolah selepas itu. Kemudahan makmal komputer pula disumbangk­an oleh Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong.

“Kami juga turut menyerahka­n beberapa bahan bacaan kepada pihak sekolah yang disumbangk­an sendiri oleh bekas pelajar, selain Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Ia diharap dapat membantu menyumbang kepada kecemerlan­gan pelajar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Titian Kasih Pelajar SMK Semerah Tahun 1965-1970 dan penyerahan komputer, buku serta lawatan kasih di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Pemangku Pengetua SMK Semerah, Shamsiah Sidek.

Terdahulu, Johan dan 18 bekas pelajar sekolah itu turut mengambil kesempatan melawat persekitar­an sekolah terbabit selepas 46 tahun tamat pengajian.

Kongsi pengalaman

Johan berkata, menerusi program sama, beliau dan bekas ahli akademik yang juga usahawan berjaya, Dr Samad Solbi turut berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar sekolah yang diharapkan dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk mencipta kejayaan pada masa depan.

Sementara itu, Noraini berkata, pihaknya menyambut baik usaha murni yang dilaksanak­an oleh bekas pelajar SMK Semerah yang sentiasa komited untuk terus membantu memperkasa­kan sekolah berkenaan.

 ?? [FOTO BADRUL KAMAL ZAKARIA/BH] ?? (Dari kiri) Johan bersama Noraini dan sebahagian bekas pelajar melawat makmal komputer ketika Program Titian Kasih Pelajar SMK Semerah Tahun 1965-1970 dan penyerahan komputer, buku serta lawatan kasih di SMK Semerah, Batu Pahat, semalam.
[FOTO BADRUL KAMAL ZAKARIA/BH] (Dari kiri) Johan bersama Noraini dan sebahagian bekas pelajar melawat makmal komputer ketika Program Titian Kasih Pelajar SMK Semerah Tahun 1965-1970 dan penyerahan komputer, buku serta lawatan kasih di SMK Semerah, Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia