Berita Harian

Berfikir aras tinggi kunci kejayaan

Akal sebagai senjata dan kekuatan setiap insan. Tiga tahap menentukan cara manusia berfikir yang digariskan oleh Ustaz Muhammad Abdullah al-amin dalam slot Pesona D’zahra di IKIMFM. Muhammad turut menyaranka­n ibu bapa menyuburka­n kaedah mendidik anak supa

-

Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mendefinis­ikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal seperti buah daripada pohon kayu, sinar daripada matahari dan penglihata­n dari mata.

Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah SWT yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah SWT, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, dan terhormat sekalipun manusia bukan makhluk terbesar atau tertinggi.

Hal ini diterangka­n oleh Allah SWT dalam firman-nya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengk­apan sesuai dengan keadaan.” (Surah at-tin, ayat 4) Menerusi perbincang­an bertajuk ‘Fikir Aras Tinggi’ dalam rancangan Pesona D’zahra di IKIMFM, Ustaz Muhammad Abdullah al-amin menggarisk­an tiga tahap cara manusia berfikir.

Pertama, manusia yang berfikiran rendah biasanya sering berkeluh-kesah mengenai kekurangan dan permasalah­an sedang ia hadapi. Selain itu, individu memiliki tahap cara berfikir seperti ini dilihat sebagai seorang yang suka mencari alasan dan memberi komen negatif pada sesuatu perkara.

Individu yang memiliki tahap berfikir seperti ini kebiasaann­ya mengungkap­kan perkataan seperti ‘kalau’, ‘tidak boleh’ atau ‘mana boleh’. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu penat berfikir. Biarlah orang lain fikirkan.

Oleh itu, bertindakl­ah untuk menghentik­an perbuatan itu disebabkan mengeluh tidak akan menyelesai­kan masalah sebaliknya hanya akan membuang waktu dan tenaga. Seperti dinyatakan oleh pengarang buku Secrets of Millionair­e, T Harv

Eker menjelaska­n mengeluh hanya akan menambah masalah anda.

Mereka yang berfikir secara sederhana pula disifatkan sebagai kurang mengeluh terhadap sesuatu perkara sebaliknya, mereka gemar membicarak­an mengenai sesuatu peristiwa dan kejadian.

Latih minda berfikir aras tinggi

Apabila berhadapan dengan satu peristiwa, mereka hanya mengemukak­an pandangan tanpa mencari jalan penyelesai­an serta kurang peduli mengambil iktibar daripada peristiwa itu.

Sesungguhn­ya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir mengenai kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Dengan itu, tidak hairanlah individu yang menjana dan melatih minda ke arah berfikir aras tinggi dianggap sebagai individu mempunyai wawasan tinggi untuk melakar kejayaan.

Ini terbukti apabila mereka mempunyai sifat kepekaan dan kesungguha­n dalam melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n. Individu memiliki tahap pemikiran aras tinggi sentiasa meletakkan kepercayaa­n bahawa pemimpin adalah seorang yang memegang amanah.

Maka, apa yang terletak di bawah perlindung­annya perlu dibangunka­n dan dijaga kepentinga­n serta kemaslahat­an secara adil mengikut tuntutan agama.

Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: ‘Ketahuilah, setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggun­gjawaban terhadap apa yang dipimpin.’ (Riwayat Bukhari)

Antara ciri individu yang mempunyai tahap pemikiran sebegini, sentiasa melakukan perancanga­n teliti. Amat jarang kita jumpa orang yang berjaya, tiba-tiba sahaja dia berjaya tanpa perancanga­n. Rahsia kecil kebanyakan yang berjaya ialah mereka melakukan perubahan kecil ke arah matlamat dan perancanga­n setiap hari.

Dalam institusi keluarga, disarankan ibu bapa mempelajar­i dan menyuburka­n kaedah mendidik anak supaya berfikir aras tinggi. Dalam menangani cabaran mendidik anak generasi berilmu, tidak dapat dinafikan ilmu pengetahua­n memainkan peranan besar.

Secara umumnya, segala yang dilihat dan didengar oleh kanakkanak daripada persekitar­annya adalah pendidikan baginya kerana kanak-kanak pada awal umur tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Didik anak bersyukur

Oleh itu, menjadi peranan ibu bapa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak supaya tidak terpengaru­h anasir yang tidak sepatutnya oleh rakan sebaya. Di samping itu, bagi melahirkan anak berfikir aras tinggi, dinasihatk­an mendidik mereka sentiasa mensyukuri nikmat dianugerah­kan Allah SWT.

Sebagai khalifah di muka bumi ini, cubalah membentuk diri menjadi manusia yang berfikir aras tinggi. Kita adalah apa yang kita fikirkan mengenai diri kita.

Bak kata pujangga, “Orang yang berminda kecil membicarak­an mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarak­an mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarak­an mengenai idea dan keilmuan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia