Berita Harian

PRIDE bantu kembalikan keyakinan diri

Pesakit kanser payudara disaran sertai NGO untuk redakan tekanan, pulih semangat

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Pesakit kanser payudara disaran menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan sebagai platform mengurangk­an tekanan, berjuang dan mengembali­kan semangat melawan penyakit.

Ketua Pegawai Eksekutif Pink Ribbon Deeds (PRIDE) Foundation atau Yayasan PRIDE, Datuk Azrene Abdullah, berkata banyak jenis persatuan atau kumpulan sokongan berkaitan kanser payudara boleh disertai wanita yang mempunyai pelbagai program bagi meredakan tekanan.

“Dalam banyak keadaan, wanita yang menghidap kanser payudara boleh mendapat maklumat terkini berhubung rawatan kanser dan sebagainya.

“Lebih mustahak, setiap ahli saling bekerjasam­a dan menyokong antara antara satu sama lain di samping ada yang menyediaka­n kos perubatan bagi meringanka­n bebanan pesakit,” katanya kepada BH di sini, baru-baru ini.

Cenderung asingkan diri

Azrene berkata, tidak dinafikan wanita cenderung mengasingk­an diri apabila mendapat tahu menghidap kanser atau selepas menjalani rawatan tertentu, tetapi keadaan itu tidak banyak membantu memulihkan semangat mereka yang hilang.

“Mengasingk­an diri dan tidak yakin berdepan dengan orang ramai antara situasi biasa dialami wanita selepas dikesan menghidap kanser payudara, namun ia boleh merosakkan diri, khususnya dari aspek psikologi.

“Dalam keadaan ini, sokongan daripada pihak ketiga boleh membantu kerana mereka lebih memahami situasi itu dan berkongsi pengalaman menjadi pesakit kanser,” katanya.

Beliau berkata, PRIDE yang ditubuhkan pada 2006 bertujuan mengenang ketabahan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarha­m Tun Endon Mahmood melawan kanser payudara yang dihadapiny­a.

“Selain membolehka­n orang ramai memperoleh maklumat mengenai kanser payudara dengan mudah, PRIDE turut menjadi medium saluran maklumat berhubung kanser payudara menerusi penganjura­n program memperkasa bekas pesakit kanser payudara.

“Program ini kami anjurkan bagi membolehka­n pesakit atau bekas pesakit untuk pulih daripada belenggu stigma kanser dan kesan rawatan,” katanya.

Antara aktiviti yang dianjurkan PRIDE, termasuk Walk with PRIDE, Climb with PRIDE, Bond with PRIDE, Ride with PRIDE, Hunt with PRIDE, bengkel motivasi, kecantikan, e-tiket dan perancang kewangan.

Memiliki lebih 40,000 ahli, persatuan berkenaan antara yang aktif dalam menjalanka­n kempen kesedaran pengesanan awal kanser payudara melalui usaha sama dengan pelbagai agensi.

Bukan penyakit memalukan

“Selama 10 tahun bersama PRIDE, antara perubahan positif saya dapati ialah kanser payudara bukan lagi penyakit yang memalukan atau menakutkan sebaliknya ia kini boleh dibincangk­an secara terbuka.

“Ia menunjukka­n orang ramai boleh menerima dan memahami mengenai kanser payudara. Ia sangat mustahak kerana perubahan positif berkenaan mampu membina kesedaran orang ramai terhadap kanser dan usaha menanganin­ya pada peringkat awal,” katanya.

Program memperkasa bekas pesakit kanser payudara bantu mereka pulih daripada belenggu stigma kanser”

Azrene Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE

 ??  ??
 ??  ?? Program dianjurkan PRIDE memberi peluang kepada ahli berkongsi pengalaman dan sokongan mengenai kanser payudara.
Program dianjurkan PRIDE memberi peluang kepada ahli berkongsi pengalaman dan sokongan mengenai kanser payudara.
 ??  ?? Azrene dan ahli PRIDE hadir pada majlis anjuran persatuan berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Azrene dan ahli PRIDE hadir pada majlis anjuran persatuan berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia