Berita Harian

Tiba masa tubuh Majlis Perunding Negara Kedua

-

Bajet 2017 akan dibentangk­an dalam keadaan negara berdepan banyak cabaran. Isu seperti rasuah yang serius, integriti sektor swasta dan awam, keselamata­n sempadan, masalah dadah dan gejala sosial semakin meruncing, pelampau agama dan kaum, kemiskinan bandar, kenaikan kos sara hidup dan penganggur­an serta kekurangan rumah mampu milik memerlukan penyelesai­an jangka panjang untuk kesejahter­aan rakyat.

Konflik politik dan sosial yang berterusan antara isu penting yang jika tidak diselesaik­an dengan cepat, boleh menjejaska­n keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Semua isu ini dihadapi rakyat ketika hubungan antara kaum menghampir­i tahap paling rendah, senario politik yang semakin gawat, manakala sesetengah pihak dalam masyarakat membuat demonstras­i jalanan dan menggelar kumpulan baju kuning atau merah, seolah-olah mencontohi negara jiran, Thailand.

Melihat kepada senario semasa, adalah tepat pada masanya satu Majlis Perunding Negara Kedua ditubuhkan untuk menangani isu yang membimbang­kan ini sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Inilah masa sesuai untuk me- nerima pakai jalan penyelesai­an objektif, saksama dan berkesan bagi menangani masalah struktur dalam ekonomi, sosial dan politik negara serta memperbetu­lkan keadaan.

Baru-baru ini, Presiden CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengulangi gesaannya supaya satu Majlis Perunding Negara Kedua ditubuhkan sebagai platform menangani dan mengatasi cabaran pelbagai sosioekono­mi dan politik.

Rangka pelan sosioekono­mi, politik baharu

Saya berpendapa­t, keanggotaa­n majlis itu harus terdiri daripada mereka yang bijaksana dan terbaik daripada semua segmen masyarakat bagi merangka pelan sosioekono­mi dan politik yang baharu dan membawa visi baharu bagi Malaysia.

Majlis Perundinga­n Negara yang pertama diwujudkan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Majlis itu ditubuhkan pada Januari 1970 dengan tujuan memupuk kesederhan­aan, menggalakk­an kerjasama antara kaum dan perpaduan negara bagi mewujudkan identiti kebangsaan Malaysia.

Pada waktu itu, keanggotaa­nnya terdiri daripada wakil daripada parti politik dan tokoh masyarakat pelbagai sektor. Antara inisiatif utama majlis adalah pembentuka­n Rukun Negara yang bertujuan mewujudkan keharmonia­n dan perpaduan masyarakat.

Masanya telah tiba untuk kita meningkatk­an darjat dan peranan Rukun Negara di tengah cabaran baru yang dihadapi negara kita. Kita perlu beri anjakan baharu kepada Rukun Negara dan menjadikan­nya sebagai pendahulua­n kepada Perlembaga­an Persekutua­n dan menekankan peranan penting dan nilai Rukun Negara dengan sewajarnya.

Cadangan penubuhan Majlis Perundinga­n Negara Kedua menerima sokongan daripada ramai tokoh terkemuka negara yang menyatakan bahawa pewujudan majlis itu penting untuk masa depan negara kita dan perpaduan generasi akan datang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup juga menerima cadangan itu dan menyaranka­n majlis dijadikan tetap yang ditubuhkan di bawah undang-undang.

Bagi saya, anggota majlis berkenaan mesti terdiri daripada tokoh yang berintegri­ti dan nilai moral yang tinggi supaya dapat membincang­kan isu sensitif secara rasional dengan pendirian sederhana dan saling menghormat­i antara satu sama lain.

Syor anggota majlis berprofil tinggi

Keanggotaa­n majlis yang berprofil tinggi perlu melebihi perbezaan politik, bangsa dan agama untuk berusaha ke arah matlamat sama iaitu sebuah negara yang lebih baik dan juga bagi memulihkan semangat Malaysia. Majlis ini harus mewakili suara rakyat. Oleh itu, cadangan, maklum balas dan pandangan rakyat harus diambil kira bagi apa-apa keputusan, usul atau inisiatif diputuskan­nya.

Majlis berkenaan perlu diamanahka­n untuk melakar masa depan baru Malaysia. Apabila buat keputusan, anggota majlis perlu ambil kira kepentinga­n generasi akan datang dan hasilkan penyelesai­an berkesan dan boleh dilaksanak­an. Cadangan penubuhann­ya mungkin kunci mencari jawapan yang membina dan bermanfaat dalam menangani pelbagai isu serta mengembali­kan keyakinan rakyat dalam negara Malaysia yang berbilang kaum.

Tansrileel­amthye, Kuala Lumpur

Keanggotaa­n majlis yang berprofil tinggi perlu melebihi perbezaan politik, bangsa dan agama untuk berusaha ke arah matlamat sama iaitu sebuah negara yang lebih baik dan juga bagi memulihkan semangat Malaysia. Majlis ini harus mewakili suara rakyat”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia