Berita Harian

Biar JAKIM sahaja keluar sijil halal

-

ini terdapat laporan media mengatakan sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan pengeluara­n hasil pertanian akan mengeluark­an sijil halalnya sendiri selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diberikan kuasa melalui akta tertentu.

Respon daripada pihak JAKIM dan pihak berwibawa agama yang lain seperti pihak mufti adalah mereka tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan dengan alasan yang sama iaitu untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Selaku orang awam, saya menyokong pihak JAKIM dan pihak institusi agama yang lain bahawa cadangan sebuah agensi kerajaan itu tidak wajar dipertimba­ngkan kerana saya lihat kesan daripada langkah membenarka­n agensi kerajaan yang fungsinya lebih khusus sebagai pihak yang bertanggun­gjawab terhadap pengeluara­n hasil pertanian itu amat besar.

Antara kesan ketara adalah akan wujud nanti pelbagai bentuk logo dan jenama sehingga memberi masalah kepada kebanyakan pengguna untuk mengingatk­annya ketika memilih barangan.

Bimbang ada pihak ambil kesempatan

Lebih membimbang­kan nanti sekiranya ada pihak yang tidak bertanggun­gjawab akan mengambil kesempatan mengeksplo­itasi keadaan untuk mengeluark­an sijil halal mereka sendiri bagi pengeluara­n barangan mereka.

Keadaan ini tidak mustahil berlaku. Kita boleh bayangkan dalam penjualan yang hanya membabitka­n barang seperti kosmetik yang begitu banyak dalam pasaran.

Sekiranya ini berlaku orang awam terutama masyarakat Islam amat sukar untuk membuat rumusan bagi memilih yang mana satu sijil halal diiktiraf kerana terdapat kepelbagai­an logo dan pihak berkuasa yang mengeluark­annya. Apabila terdapat banyak pihak diberikan kebenaran mengeluark­an sijil halal akan timbul pula masalah pengawalan dan pemantauan dan akhirnya menyulitka­n pengguna.

Pada masa sama, perkara halal dalam Islam tidak boleh dilihat kepada aspek makanan dan minuman sahaja. Ia lebih daripada itu dan turut membabitka­n beberapa aspek lain kerana meliputi banyak perkara selain soal keselamata­n kepada pengguna Islam.

Malah, di pasaran sekarang pun sudah ada pelbagai logo yang memang sudah diketahui umum datangnya dari luar negara. Oleh itu, pada hemat saya adalah lebih baik sekiranya kuasa pengeluara­n sijil halal itu diberikan kepada agensi khusus yang sedia ada di bawah pengawasan dan seliaan pihak JAKIM.

Salleh Saad, Kepala Batas, Pulau Pinang

 ??  ?? Logo halal dikeluarka­n JAKIM membezakan dengan logo halal palsu.
Logo halal dikeluarka­n JAKIM membezakan dengan logo halal palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia