Berita Harian

Maha Vajiralong­korn minta pertabalan ditangguh setahun

Ada perkhabara­n Puteri Chakri juga boleh jadi pewaris takhta

-

Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralong­korn meminta hari pertabalan ditangguhk­an sekurangku­rangnya selama setahun, menurut seorang pegawai rasmi kerajaan, semalam

Putera berusia 64 tahun itu meminta rakyat supaya tidak keliru atau bimbang mengenai pentadbira­n negara atau mengenai pewarisan takhta.

“Beliau berkata, ketika ini semua bersedih, beliau turut sedih, justeru segala urusan patuh ditangguhk­an sehingga waktu sedih ini berlalu,” kata Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, semalam.

Ketika ini, bekas Perdana Menteri, Prem Tinsulanon­da dipilih menjadi pemangku raja buat sementara waktu.

Persoalan mengenai kemampuan putera mahkota itu pernah dipersoalk­an, sebelum ini namun undangunda­ng lese-mejeste menghalang sebarang perbincang­an mengenainy­a.

Abdikan kesenian bapa

Perkembang­an ini dikatakan hanya menimbulka­n tanda tanya apakah Vajiralong­korn kurang cenderung menggantik­an Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat Khamis lalu.

Apapun, ada juga perkhabara­n betapa Puteri Maha Chakri Sirindhorn juga kini disebut ada peluang menjadi pewaris takhta negara Gajah Putih itu.

Belum berkahwin

Dilahirkan pada 1955 di Sirindhorn dan sering dikenali sebagai Puteri Bidadari dan masih belum berkahwin, dia sebaliknya mengabdika­n kehidupann­ya kepada kesenian dan projek bapanya.

Selama beberapa tahun, puteri berusia 61 tahun itu adalah wanita paling popular di Thailand terutamany­a jika dibandingk­an dengan pewaris takhta Vajiralong­korn, satu-satunya anak lelaki Raja.

Vajiralong­korn, 64, dilantik menjadi Putera Mahkota ketika berusia 20 tahun, pada 1972 tetapi tidak disukai sebilangan rakyat Thailand kerana reputasiny­a sering berpacaran dengan wanita.

 ??  ?? Maha Chakri Sirindhorn
Maha Chakri Sirindhorn
 ??  ?? Vajiralong­korn
Vajiralong­korn

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia