Berita Harian

Rakyat Syria diminta tentukan masa depan mereka sendiri

-

London: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry bertemu menteri dari Perancis dan Jerman, di sini, semalam sebagai satu usaha menjadi orang tengah mencari jalan damai Syria.

Pertemuan itu berlaku hampir 24 jam selepas dia bertemu Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov bersama wakil dari negara terbabit dalam konflik yang masih berpanjang­an selepas lima tahun di Lausanne, Switzerlan­d, kelmarin.

Selepas tamat rundingan pertama itu, Russia memaklumka­n semua negara yang menyertai perbincang­an itu bersetuju bahawa rakyat Syria akan menentukan masa depan mereka sendiri menerusi rundingan secara inklusif.

Selain itu, katanya, sempadan negara itu patut dikekalkan seperti sedia dan Syria akan kekal sebagai sebuah negara sekular, selepas pertemuan itu berakhir, semalam.

Kementeria­n Luar Russia berkata, untuk memastikan perjanjian gencatan berjaya dan melancarka­n penghantar­an bantuan kemanusiaa­n, pembangkan­g sederhana Syria mesti meninggalk­an Jabhat Fatah al Sham atau Barisan Hadapan Nusra dan beberapa kumpulan pengganas yang ada kaitan dengannya.

“Pada masa sama, perlu diulangi bahawa operasi memerangi militan Daesh dan Barisan Hadapan Nusra akan diteruskan,” kata kementeria­n itu.

Gagal cari strategi sehaluan

Pertemuan semalam dianjurkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry di bandar Switzerlan­d itu gagal mencari strategi sehaluan dengan Russia untuk menamatkan konflik di Syria, kini masuk tahun keenam.

Dalam pada itu, Kerry dijangka bertemu pemimpin negara Barat di London untuk membincang­kan percubaan mencari jalan penyelesai­an terbaharu bagi perang saudara Syria.

Tiada penyelesai­an kukuh daripada perbincang­an di Lausanne, sebelum itu tetapi Amerika syarikat dan Russia bercakap mengenai beberapa idea baharu.

Gencatan yang diusahakan kedua-dua negara, bulan lalu gagal hanya selepas beberapa hari dilaksanak­an.

Difahamkan, perbincang­an Kerry dengan rakan sejawatan beliau dari Perancis dan Jerman, semalam dianjurkan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson. Tiada wakil kerajaan Syria atau pembangkan­g hadir.

Wakil BBC di Geneva, Imogen Foulkes berkata, Kerry tidak akan datang ke London dengan satu rancangan damai terperinci untuk Syria tetapi beliau bercakap mengenai beberapa idea baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia