Berita Harian

Thailand hentikan liga susulan kemangkata­n Raja Bhumibol

-

Bangkok: Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) akan menemui kelab-kelab yang mengemukak­an aduan bagi menjelaska­n keputusan badan induk itu menamatkan saingan liga lebih awal berikutan kematian Raja Bhumibol Adulyadej.

Raja Thailand yang mangkat pada usia 88 tahun, Khamis lalu mencetuska­n kesedihan di kalangan rakyat yang memujanya diikuti tempoh berkabung rasmi yang panjang membabitka­n segala bentuk hiburan termasuk acara sukan sebagai tanda hormat.

FAT membatalka­n tiga baki perlawanan musim ini dan mengatakan kedudukan ranking pada 14 Oktober lalu menjadi penentu kepada juara liga dan juga pasukan yang tersingkir.

Begitupun, ia mencetus bantahan daripada kelab yang tersingkir - termasuk pasukan di Liga Perdana, Chainat Hornbill FC dan Army United - dengan kedua-duanya secara matematik masih berpeluang untuk selamat.

Mereka kemudian diberikan talian hayat apabila FAT berkata, mereka akan menemui pasukan yang membuat aduan.

Dengar penjelasan

FAT menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya berkata, mereka menjemput pengerusi, wakil dan penaja kelabkelab itu bagi mendengar penjelasan mengenai keputusan itu pada 17 Oktober (hari ini).

Keputusan itu menyaksika­n SCG Muangthong United dianugerah­kan kejuaraan liga sekali pun hanya mempunyai kelebihan lima mata di belakang Bangkok United.

Perlawanan persahabat­an antarabang­sa dengan Iran pada November ini sudah pun dibatalkan, manakala perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Australia pada 15 November ini yang sepatutnya berlangsun­g di Thailand dijangka diubah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia