Berita Harian

Marquez juara dunia Motogp

Muncul pelumba termuda rangkul kejuaraan selepas ungguli GP Jepun

-

Marc Marquez mengesahka­n kejuaraan dunia ketiga Motogp dalam tempoh empat tahun dengan mengunggul­i Grand Prix (GP) Jepun, semalam selepas dua pencabar utamanya, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo terjatuh.

Penunggang Repsol Honda berusia 23 tahun itu pada awalnya dijangka sukar mengesahka­n kejuaraan, namun kemenangan di Litar Twin Ring Motegi memberikan­nya kelebihan 77 mata di depan Rossi dan tidak mampu lagi dicabar legenda Itali itu.

“Setiap tahun ia amat sukar dan kamu sentiasa memberikan yang maksimum... namun tahun ini, tekanan yang saya rasakan, terutama pada awal musim, adalah amat-amat tinggi,” kata Marquez.

“Saya berasa lebih tekanan, namun ia memberikan saya motivasi tambahan. Kombinasi ini menjadikan saya untuk benar-benar fokus.”

Lakarrekod

Sudah pun mencipta rekod sebagai pemenang Motogp termuda dalam sejarah selepas menjuarain­ya kali pertama pada musim 2013, kejayaan di Jepun melakar satu lagi rekod pemenang termuda menjuarai tiga gelaran dunia.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu turut mengakui kekalahan kepada rakan senegara, Lorenzo dalam pemburuan kejuaraan dunia musim lalu mengajarny­a untuk mengawal tekanan.

“Kadang kala saya terlupa untuk menikmatin­ya kerana tekanan amat tinggi. Pasukan amat membantu pada tahun ini dan bersama mereka, saya melupakan tekanan.

“Juara yang sebenar adalah apabila kami mampu mengawal tekanan. Ok, kami mungkin boleh lakukan kesilapan yang sama sekali lagi namun tahun lalu saya membayar dengan harga tinggi untuk belajar daripada pengalaman yang konsisten adalah amat penting.”

Selepas ketiadaan Rossi dan Lorenzo, Marquez menamatkan perlumbaan tiga saat di depan pemenang tempat kedua, Andrea Dovizioso dari Ducati dan pelumba Suzuki, Maverick Vinales melengkapk­an kedudukan podium.

 ??  ?? Marquez (tengah) bersama Dovizioso (kiri) dan Vinales di podium bersama trofi masing-masing.
Marquez (tengah) bersama Dovizioso (kiri) dan Vinales di podium bersama trofi masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia