Berita Harian

City terkulai gara-gara tiada latihan penalti

-

Manchester: Pep Guardiola mengakui barisan Manchester City kendaliann­ya tidak berlatih mengambil sepakan penalti sebelum mereka terlepas dua peluang ketika seri 1-1 di laman sendiri kepada Everton.

Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero menyaksika­n sepakan mereka diselamatk­an oleh penjaga gol, Maarten Stekelenbu­rg sebelum tandukan pemain gantian, Nolito menyelamat­kan mereka daripada kekalahan.

Bagi Aguero, ia adalah penalti kedua yang disia-siakan dalam tempoh seminggu, selepas gagal menyempurn­akan sepakan untuk Argentina ketika kekalahan 1-0 di tangan Paraguay dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanap­un Guardiola menegaskan, dia mempunyai tugas lebih penting berbanding latihan penalti iaitu mengembali­kan pasukannya kepada prestasi sebenar.

Ditanya sama ada pemainpema­innya berlatih sepakan penalti, dia berkata: “Tidak. Saya tidak ada masa untuk melatih semua perkara yang ingin saya lakukan.

Tugas sukar

“Anda boleh berlatih penalti dalam latihan, tetapi dalam latihan tiada sesiapa (penonton) di sana. Dalam final Liga Juara-juara, ia amat penting.

“Jika pemain berkata, ‘Saya mahu berada di sana’ (mengambil sepakan penalti), itu sudah mencukupi.”

Guardiola bermula cemerlang dalam kempen sulungnya sebagai pengendali Manchester City, memenangi 10 perlawanan pertama kendaliann­ya.

Bagaimanap­un, anak buahnya sudah mengharung­i tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertanding­an, dan berdepan tugas sukar Rabu ini apabila bertandang ke kelab lamanya, Barcelona untuk aksi Liga Juara-juara.

“Saya tidak kecewa dengan pasukan. Saya bersimpati dengan mereka. Mereka berhak untuk menang perlawanan ini. Mereka melakukan apa yang termampu untuk memenangin­ya,” kata Guardiola.

Pengendali Everton, Ronald Koeman memuji aksi cemerlang Stekelenbu­rg yang menyelamat­kan dua sepakan penalti serta dua percubaan lagi dari De Bruyne.

“Mungkin penjaga gol menampilka­n persembaha­n terbaik sepanjang kariernya. Kami tahu dia seorang penjaga gol yang bagus,” kata Koeman berkenaan rakan senegarany­a dari Belanda itu.

“Mungkin anda memerlukan tuah untuk mendapatka­n keputusan tetapi saya rasa keputusan kami hari ini (kelmarin) adalah kerana semangat juang yang menakjubka­n.”

 ??  ?? Aguero gagal menjaringk­an gol menerusi sepakan penalti.
Aguero gagal menjaringk­an gol menerusi sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia