Berita Harian

Lahm, Ancelotti berang ‘sikap buruk’ Bayern

-

Berlin: Kapten Bayern Munich, Philipp Lahm dan pengendali Carlo Ancelotti menyelar ‘sikap buruk’ kelab mereka selepas juara Jerman itu diikat 2-2 oleh Eintracht Frankfurt yang meneruskan rentetan tanpa kemenangan kepada tiga perlawanan, semalam.

Bayern yang dijadual menanti kunjungan PSV Eindhoven dalam kempen Liga Juara-juara, awal pagi Khamis ini waktu Malaysia, boleh disifatkan terdesak untuk menang berikutan kekalahan 1-0 kepada Atletico Madrid, tiga minggu lalu.

Selepas seri 1-1 bertemu Cologne dalam kempen Bundesliga sebelum rehat antarabang­sa, keputusan seri menentang Frankfurt adalah prestasi dan keputusan yang jelas tidak diingini oleh Ancelotti.

“Kami tidak bermain dengan baik dan menampilka­n sikap yang buruk, kami tidak layak untuk menang,” kata pengurus kelahiran Itali itu dalam nada berang.

Beraksi 10 pemain

“Ia lebih baik pada babak kedua dan keputusan juga ok, namun kami tertidur bagi 45 minit pertama, sesuatu yang dianggap terlalu buruk dalam mana-mana perlawanan. Ok, sepuluh minit tanpa tumpuan yang baik, ia boleh berlaku namun bukan untuk keseluruha­n separuh masa.

“Saya perlu mengubahny­a, saya mahu melihat pasukan saya bermain. Saya perlu memikirkan perubahan,” katanya.

Lahm dalam pada itu mengakui pendahulu Bundesliga menampilka­n permainan hambar di segenap posisi.

“Jika kamu fikir adalah tidak penting untuk bermain kurang daripada 100 peratus, kami berada dalam bahaya untuk tewas persaingan

satu lawan satu dan tidak dapat mengawal permainan,” kata bekas kapten Jerman itu.

“Itulah yang berlaku kepada kami semua hari ini (semalam),” kata Lahm selepas Bayern gagal mencari peluang sekali pun Eintracht Frankfurt dipaksa beraksi 10 pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia