Berita Harian

Galaticos mengganas semula

Zidane puji pemainkeka­l intensiti untuk belasah Real Betis

-

Real Madrid perlu mengekalka­n intensiti sepanjang 45 minit pertama perlawanan, gesa jurulatih Zinedine Zidane selepas skuad Galaticos menamatkan rentetan empat catatan seri dengan membenam Real Betis 6-1, semalam.

Juara Eropah itu sebelum ini melepaskan takhta pendahulu La Liga kepada pencabar tetangga, Atletico Madrid selepas merekod tiga seri berturut-turut selain meraih satu mata ketika bertemu Borussia Dortmund dalam kempen Liga Juara-juara sebelum rehat antarabang­sa.

Begitupun, tempoh rehat dua minggu itu menyaksika­n Real tampil dengan aksi kelas dunia di laman sendiri di Santiago Bernabeu untuk mendahului Betis 4-0 pada babak pertama.

“Selepas empat seri kami perlu memperoleh perlawanan seperti ini. Kami bermain dengan intensiti yang diperlukan untuk menang,” kata Zidane.

“Tiada pasukan yang kecil (dalam liga ini). Ia adalah tempat yang sukar namun kami bermula dengan cemerlang dan sukar buat lawan apabila kami bermain seperti itu.”

Perlu lebih konsisten

Zidane sebelum ini mengkritik permulaan perlahan skuad bimbingann­ya awal musim ini selepas melepaskan mata ketika beraksi di laman sendiri menentang kelab kerdil, Eibar.

“Mereka bijak, pemain-pemain yang bagus. Mereka tahu kami perlu bermula dengan cara itu dan mereka lakukannya dengan baik. Apabila kami bermain dengan intensiti yang diperlukan, ia akan menambah sukar buat lawan

“Kamu sudah berusaha namun kami perlu menjadi lebih konsisten. Perlawanan itu adalah sebagai titik rujukan,” kata Zidane dengan kemenangan membawa Real berkongsi mata dengan Atletico di puncak liga.

Legenda Perancis itu mengakui kemenangan besar yang diraih pencabar utama, Atletico, Barcelona dan Sevilla turut menjadi motivasi tambahan buat pemainnya kembali ke prestasi terbaik.

 ??  ?? Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kanan) dikawal dua pertahanan Real Betis pada aksi di Stadium Benito Villamarin, kelmarin.
Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kanan) dikawal dua pertahanan Real Betis pada aksi di Stadium Benito Villamarin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia