Berita Harian

‘Jangan ambil jurulatih hanya pandai mengarah’

Misbun gesa cari jurulatih yang mampu hasilkan modul baharu

-

“Ambil jurulatih yang mampu melatih dan mengembang­kan bakat pemain, bukan sekadar pandai mengarah sahaja,” kata bekas jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Katanya negara memerlukan jurulatih yang mampu menggalas tanggungja­wab yang diamanahka­n dan seterusnya menghasilk­an modul baharu bagi mengatasi negara lain.

Menurut Misbun, proses pembanguna­n pemain terutama untuk skuad pelapis negara ketika ini begitu umum disebabkan jurulatih sering bertukar ganti.

“Bagi mendapatka­n satu-satu teknik dan kemahiran, seorang pemain mengambil masa kirakira dua hingga tiga tahun... sebagai contoh, smash sahaja mempunyai 108 jenis, jadi pengkhusus­an itu perlu,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Kem Bakat Badminton anjuran Jabatan Belia dan Sukan Melaka yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh di sini.

Seramai 62 peserta berumur di bawah 12 tahun menyertai program berbentuk klinik dan latihan di bawah kendalian Misbun yang dianjurkan Kementeria­n Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Terus tenggelam

Misbun menjelaska­n untuk melahirkan lebih ramai pemain berprestas­i tinggi seperti jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei, tumpuan secara khusus perlu diberikan kepada pemain merangkumi pelbagai aspek.

“Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang pun (negara) belum tentu dapat (pemain) macam Chong Wei kerana dia istimewa disebabkan dia dibangunka­n melalui beberapa aspek khusus seperti teknikal, corak permainan serta persiapan dari segi mental,” katanya.

Selain itu katanya, sikap pemain muda yang tidak mahu bekerja keras atau terlalu manja menyebabka­n mereka gagal menangani tekanan dan latihan intensif dalam program pembanguna­n pemain pelapis negara.

Menurutnya negara mempunyai ramai pemain muda berbakat untuk diserap ke sekolah sukan, namun selepas tamat sekolah dan diserap ke program pembanguna­n mereka terus tenggelam.

“Apabila sampai masanya mereka tamat persekolah­an di tingkatan lima dan ingin menyertai skuad elit remaja negara, mereka tidak dapat menghadapi tekanan latihan iaitu dua kali sehari.

“Ramai yang tidak tahan kerana mereka ke sekolah pada waktu pagi dan petangnya baru berlatih... akhirnya mereka ambil keputusan keluar kerana tidak mampu bersaing dengan pemain lain,” katanya.bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia