Berita Harian

KB Petaling gah pertahan gelaran JPL

-

Kuala Lumpur: Kelab Badminton (KB) Petaling berjaya mempertaha­nkan mahkota kejuaraan Divisyen Satu Junior Purple League (JPL) 2016 yang menutup tirainya semalam selepas aksi konsisten sepanjang liga remaja itu berlangsun­g.

KB Bandar Maharani pula muncul sebagai juara saingan JPL Divisyen Dua sekali gus menempah tiket beraksi dalam Divisyen Satu musim depan.

Dalam perlawanan terakhir pusingan kesembilan Divisyen Satu, pasukan KB Petaling turun tanpa sebarang tekanan berdepan KB Ampang Jaya memandangk­an kejuaraan sudah dalam genggaman berdasarka­n jurang mata yang besar berbanding pesaing terdekat.

Bagaimanap­un hasrat KB Petaling untuk mengekalka­n rekod bersih tanpa kekalahan sepanjang musim ini tersasar apabila tewas 1-4 (7-13) pada perlawanan terakhir semalam.

KB Petaling mengumpul 63 mata, tempat kedua pula diraih KB Kepong dengan 32 mata diikuti KB Bandar Utama Dragons pada 29 mata.

Kekuatan seimbang

Menurut jurulatih KB Petaling, Yap Kim Hock dia menghargai aksi pemainnya yang sentiasa bertungkus lumus sepanjang liga berlangsun­g.

“Saya berpuas hati dengan barisan pemain saya. Kami juara buat kali kedua berturuttu­rut dalam JPL, bagi saya kami mempunyai kekuatan seimbang dalam pasukan.

“Kami ada Leong Jun Hao, Chen Tang Jie dan beberapa lagi pemain seperti Chasinee Korepap (dari Thailand) yang memberikan kekuatan kerana mereka mampu beraksi dalam apa-apa kategori,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

“Tahun depan saingan sudah berubah dan pasti lebih sengit dengan ramai pemain remaja yang semakin meningkat naik. Apapun, kami perlu memikirkan untuk menang dalam Junior Champions Challenge (JCC) terlebih dulu selepas ini.”

Selepas JPL 2016, kesemua pemain remaja berbakat dari semua kelab sekali lagi akan bertanding dalam Junior Champions Challenge (JCC). Kejohanan yang akan berlangsun­g dalam format kalah mati itu akan berlangsun­g di Sports Arena, Bukit Serdang bermula dari 20 hingga 23 Oktober ini.

 ??  ?? Pemain Kelab Badminton Petaling meraikan kejayaan mempertaha­nkan mahkota kejuaraan Divisyen Satu JPL 2016.
Pemain Kelab Badminton Petaling meraikan kejayaan mempertaha­nkan mahkota kejuaraan Divisyen Satu JPL 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia