Berita Harian

Hukuman NAAM terlalu ringan

Dua pemanah wanita positif ujian doping hanya digantung enam dan lapan bulan

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Keputusan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) semalam yang hanya menggantun­g enam dan lapan bulan dua pemanah wanita yang didapati positif ujian doping di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak Julai lalu menimbulka­n persoalan.

Ini kerana tempoh penggantun­gan enam bulan yang dikenakan ke atas pemanah Terengganu dan lapan bulan ke atas pemanah Kedah itu yang memenangi pingat emas dan didapati positif sibutramin­e terlalu ringan sedangkan hukuman yang ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) adalah empat tahun.

Hukuman ringan itu seolah-olah mencermink­an NAAM tidak serius dalam menangani penyalahgu­naan bahan larangan di kalangan pemanah.

Bagaimanap­un, pemangku Setiausaha Kehormat NAAM, Amir Suharman Adnan berkata keputusan itu diputuskan selepas mengambil kira banyak aspek termasuk kedua-dua pemanah itu juga mengaku bersalah dan tidak mencabar keputusan sampel A.

Kesalahan tanpa niat

“Berdasarka­n laporan bertulis dan sesi soal jawab NAAM mendapati kedua-dua pemanah melakukan kesalahan tanpa niat serta di luar bidang pengetahua­n mereka. Jadi, kita memutuskan kedua-duanya digantung enam dan lapan bulan berkuat kuasa dari 26 Julai 2017 iaitu pada tarikh sampel ujian diambil.

“Perbincang­an sudah dilakukan dan beberapa faktor seperti pengalaman, pendedahan, umur dan pengetahua­n diambil kira menjadikan jumlah penggantun­gan berbeza,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pendengara­n kes doping kedua-dua pemanah itu di Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat, semalam.

Amir berkata, kedua-dua pemanah itu juga dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman itu dalam tempoh sebulan selepas surat rasmi dikeluarka­n.

Terdahulu ADAMAS mengumumka­n empat atlet yang memenangi pingat di SUKMA Sarawak gagal ujian doping, dua daripadany­a adalah pemanah yang menggunaka­n sibutramin­e, atlet angkat berat (anabolic steroid) serta tinju (diuretic).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia