Berita Harian

Hafizh bingung masalah jentera

- - Oleh Khairil S Iswan

Kuala Lumpur: Kedudukan ke-13 di Grand Prix (GP) Jepun, semalam boleh disifatkan penamat mengecewak­an buat penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terutama jika bersandark­an prestasi baiknya di awal perlumbaan.

Pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu yang memulakan perlumbaan di petak ke12 pada satu ketika berada di kedudukan kelapan namun masalah pelarasan jentera menyaksika­nnya sekadar menamatkan saingan di Twin Ring Motegi dengan tambahan tiga mata.

Perlumbaan dimenangi pelumba Switzerlan­d, Thomas Luthi daripada pasukan Garage Plus Interwette­n dengan catatan 42 minit 45.854 saat (s) dengan Hafizh melepasi garisan penamat 32.391s selepas itu.

“Ia bukan lagi jentera yang sama seperti yang saya peroleh semalam (kelmarin),” kata Hafizh yang mengekalka­n kedudukan kelapan kedudukan penunggang dengan mengumpul 106 mata.

“Jentera terasa agak pelik sejak sesi pemanas badan pada pagi. Saya tahu tiada apa yang diubah sejak semalam (kelmarin) namun entah bagaimana ia berbeza.

“Saya bertuah kerana memperoleh permulaan yang baik pada awal perlumbaan. Saya berusaha keras untuk kembali pulih namun masalah sama masih berlaku,” kata pelumba berusia 22 tahun itu.

Pada perlumbaan Moto3, pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing, Adam Norrodin melepasi garisan penamat di Motegi di tangga ke-13 namun dinaikkan ke tempat ke-12 selepas pembatalan perlumbaan pelumba tuan rumah, Hiroki Ono.

Cedera lutut

Ia adalah kali kedua pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu mengutip mata selepas kali terakhir di GP Argentina, April lalu.

Pada satu ketika berada di kedudukan keenam, Adam mengakui kecederaan lutut yang diperolehn­ya sebelum ini mengganggu­nya terutama di pertengaha­n perlumbaan namun berpuas hati dengan keputusan yang diraih.

“Di pertengaha­n perlumbaan, saya cuba untuk mengejar kelompok depan namun kecederaan lutut saya bertambah sakit setiap pusingan. Jadi saya hanya bertenang dan cuba lakukan yang terbaik.

“Namun akhirnya, kami memperoleh mata. Apa yang penting kami sentiasa meningkat dan bagi saya, inilah minggu terbaik kami musim ini.”

Seorang lagi pelumba negara dalam kelas Moto3, Khairul Idham Pawi sekali lagi tampil mengecewak­an apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-19.

Sebagai rekod, perlumbaan musim 2016 hanya berbaki tiga pusingan saja lagi dengan Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-17, hujung bulan ini.

 ??  ??
 ??  ?? Hafizh hanya berjaya menambah tiga mata di Twin Ring Motegi, semalam.
Hafizh hanya berjaya menambah tiga mata di Twin Ring Motegi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia