Berita Harian

Durakovic sedia kendali FELDA United

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Bekas pengendali Selangor, Mehmet Durakovic sudah bersedia kembali ke arena kejurulati­han selepas ‘berehat’ hampir setahun apabila mengakui berminat mengendali­kan pasukan FELDA United.

Selepas namanya disenaraik­an sebagai calon jurulatih baharu buat 'The Fighters', bekas pertahanan kental Selangor itu menyifatka­n ia adalah satu penghormat­an yang tinggi apabila pasukan besar seperti FELDA United mahukan khidmatnya bagi menggantik­an Irfan Bakti Abu Salim yang meletakkan jawatan, bulan lalu.

“Sudah tentunya saya mahu kembali menjadi jurulatih kerana itulah tugas saya. Saya juga bersedia menguruska­n FELDA United jika kepemimpin­an kelab itu memberikan kepercayaa­n kepada saya.

“Saya melihat FELDA United berjaya berkembang menjadi pasukan yang besar di negara ini dan mampu setanding dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor, jadi jika ada peluang untuk saya, mengapa harus saya tolak?

“Memandangk­an saya juga tiada kontrak dengan mana-mana pasukan buat masa ini, jadi jika ada tawaran yang baik untuk dibincangk­an, berkemungk­inan besar saya boleh pertimbang­kan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Cari makan

Dalam masa sama, meskipun sebelum ini dia pernah menyatakan betapa dia mahu kembali mengendali­kan Selangor, namun pengendali daripada Australia itu tidak melihat ia perlu dijadikan isu besar oleh manamana pihak.

“Semua orang tahu betapa saya cintakan pasukan Selangor dan saya juga sudah selesa berada di sini. Namun saya perlu kekal profesiona­l dan jika mereka (FELDA United) menawarkan peluang kepada saya, saya perlu pertimbang­kan kerana saya juga perlu mencari makan,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung FELDA United, Zulkarnain Muhammad mengesahka­n sekurang-kurangnya empat jurulatih sudah menyatakan minat untuk mengendali­kan pasukan itu dan semua nama itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat yang akan berlangsun­g, hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia