Berita Harian

Cukuplah menangis sekali!

Kedah harap mampu tebus kecewa final tahun lalu

- Oleh Izzali Ismail

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui sejujurnya dia tidak menyangka bertemu Selangor sekali lagi di pentas final Piala Malaysia, musim ini.

Sambil turut mengakui pedih kekalahan 2-0 di final tahun lalu masih dirasai, dia berharap ‘takdir’ kedua bertemu Selangor itu akan dimanfaatk­an anak buahnya dengan mengubati luka berkenaan di Stadium Shah Alam, 30 Oktober ini.

“Sejak awal kempen Piala Malaysia saya akui tidak sangka bertemu Selangor lagi di final. Namun takdir nampaknya menemukan kami sekali lagi dan saya harap tidak kecewa buat kali kedua.

“Sebaliknya saya dan pemain bertekad menebus kekalahan itu sekali gus membuat Selangor pula menangis,” katanya selepas Helang Merah mara ke final dengan agregat 2-1 selepas terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir kedua menentang Polis Di Raja Malaysia (PDRM), kelmarin.

Sehubungan itu, Cheng Hoe berkata dia akan membuat persiapan rapi bagi menghadapi aksi final itu dengan memastikan anak buahnya lebih bersedia.

“Saya memiliki masa dua minggu dan pengalaman menentang lawan itu dalam saingan Liga Super iaitu ketika seri 2-2 dalam aksi pertama di Selayang dan menang 1-0 di Alor Setar akan menjadi panduan saya dalam membuat persiapan nanti,” katanya.

Resipi kejayaan

Mengulas mengenai resipi kejayaan anak buahnya mara ke final buat kali kedua berturuttu­rut, Cheng Hoe menyifatka­n antara resipi itu kerana fokus, disiplin dan motivasi tinggi yang ditunjukka­n pemain.

Malah dia menghambur­kan pujian kepada anak buahnya yang turun dengan komitmen dan keyakinan tinggi sepanjang 90 minit aksi ketika menentang PDRM di Stadium Hang Jebat dengan berjaya mempertaha­nkan pintu gol daripada dibolosi.

Mengikut statistik perlawanan, Kedah melakukan sembilan percubaan ke pintu gol PDRM dengan lima daripadany­a tepat ke sasaran berbanding tuan rumah yang membuat lima percubaan namun kesemua percubaan itu tersasar.

“Saya dapat rasakan bukan mudah bagi setiap pemain mengekalka­n rentak permainan sepanjang perlawanan semalam (kelmarin) apatah lagi terpaksa berdepan dengan tekanan tinggi. Namun saya puas hati kerana pemain menunjukka­n kekuatan mental yang tinggi untuk membawa Kedah ke final sekali lagi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia