Berita Harian

Kami tiada rezeki ke pentas final: Fauzi

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Mohd Fauzi Pilus menyifatka­n pasukannya tiada rezeki untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia selepas terikat 0-0 ketika menentang Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin.

Menurutnya, selepas berjuang habis-habisan tanpa erti mengalah, barisan kendaliann­ya terpaksa akur gagal mara ke final berdasar agregat 2-1 yang dimiliki Kedah menerusi kemenangan pada aksi pusingan pertama di Alor Setar, 30 September lalu.

“Kekecewaan yang ditunjukka­n pemain sehingga ada yang menitiskan air mata menterjema­hkan usaha keras mereka sudah dilakukan pada tahap maksimum tetapi rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“Apa pun kejayaan mara ke separuh akhir tetap dianggap bonus buat skuad ini yang pada mulanya tidak menjadi pilihan terutama pada peringkat kumpulan, namun momentum yang baik berjaya dikekalkan,” katanya sejurus perlawanan.

Tekad kapten Kedah

Sementara itu, kapten Kedah, Khairul Helmi Johari berkata, dia amat berbangga dengan persembaha­n rakan sepasukan walaupun sekadar seri kerana apa yang penting mereka tetap berjaya mara ke final sekali gus mengulangi pencapaian musim lalu.

Katanya, walaupun tidak dapat beraksi akibat kecederaan, dia tetap berdebar sejak awal permainan sehingga ke penghujung berikutan lawan hanya memerlukan satu jaringan sahaja untuk melangkah ke final.

“Saya akui kehadiran penyokong jelas menjadi pemangkin semangat kepada pemain untuk beraksi cemerlang dan mempertaha­nkan kubu daripada dibolosi,” katanya.

Khairul Helmi berkata, dia berharap kecederaan­nya mampu pulih menjelang aksi final sekali gus membolehka­nnya beraksi.

“Selepas tewas kepada Selangor di final tahun lalu, sudah tentu kami mahu menebusnya. Ini peluang kedua buat kami dan kami tidak akan sia-siakannya,” katanya.

 ??  ?? Pemain Kedah meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia, malam kelmarin.
Pemain Kedah meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia