Berita Harian

Gunalan mahu pastikan Kedah merana sekali lagi

Selepas bersusah payah mara ke final sekali lagi, sudah tentu kami akan bermain bermati-matian pertahan trofi

- Oleh Faizul Azlan Razak

Ketika Kedah bersemanga­t mahu menebus kekecewaan tewas 2-0 di final tahun lalu sejurus mara ke pertembung­an kemuncak trofi berprestij itu malam kelmarin, Selangor tampil pantas menegaskan Helang Merah boleh melupakan hajat itu.

Jurulatih Selangor K Gunalan menegaskan mereka akan cuba memastikan Kedah menangis sekali lagi di Stadium Shah Alam, 30 Oktober ini.

“Selepas bersusah payah mara ke final sekali lagi, sudah tentu kami akan tampil bermain bermati-matian mempertaha­nkan trofi berprestij ini. Kami akan pastikan Kedah merana lagi,” katanya selepas pasukannya menewaskan T-team 3-0 sekali gus mara ke final dengan agregat 5-1 malam kelmarin.

Suntik moral

Kemaraan itu menyaksika­n The Red Giants sekali lagi akan membuat perhitunga­n menentang Kedah di final selepas lawan itu terikat 0-0 dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mara dengan agregat 2-1 hasil kemenangan di laman sendiri pada aksi separuh akhir pertama.

Mengulas mengenai kemenangan bergaya ke atas T-team, Gunalan yang juga bekas pemain Selangor menegaskan jaringan awal memberi kelebihan kepada pasukannya.

Menurutnya, sebelum perlawanan itu, dia mengingatk­an kepada anak buahnya supaya mengelakka­n daripada pintu gawang dibolosi dalam tempoh 20 minit permainan.

“Bagaimanap­un, sebaliknya berlaku apabila pasukan berjaya menjaringk­an gol seawal minit kedua dan ia sekali gus menyuntik moral mereka dengan memberi tekanan kepada T-team.

“Jadi, saya berterima kasih kepada pemain kerana mereka bukan saja bermain dengan bersungguh-sungguh, malah mengikut percaturan dan strategi yang diterapkan dengan berkesan sepanjang 90 minit permainan,” katanya selepas perlawanan itu.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Kapten T-team, Mohd Hasbullah Awang (kanan) berebut bola dengan pemain Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Kapten T-team, Mohd Hasbullah Awang (kanan) berebut bola dengan pemain Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia