Berita Harian

Pemain terlalu berhati-hati punca kalah

- - Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: T-team seharusnya menyalahka­n diri sendiri apabila corak permainan berhati-hati yang diperagaka­n antara faktor utama mereka tewas 3-0 oleh Selangor dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Pemain skuad jolokan The Titans seolah-olah kurang yakin dan tidak berani untuk melakukan serangan ke kubu lawan, sebaliknya membuat hantaran pendek kepada pertahanan sekali gus membuka ruang mudah kepada pihak lawan menguasai perlawanan.

Pengendali­nya, Rahmad Darmawan, mengakui persembaha­n anak buahnya dalam perlawanan itu tidak seperti yang diharapkan kerana begitu berhatihat­i sebaik permainan bermula.

Bekas pengendali kelahiran Indonesia itu berkata, dua jaringan awal yang diperoleh Selangor dalam perlawanan itu juga ibarat 'membunuh' moral anak buahnya.

12,000 sokong The Titans

“Pemain saya bermain dengan corak berhati-hati dan mereka seperti tiada idea untuk membawa bola ke depan, sebaliknya lebih banyak membuat hantaran kepada pemain pertahanan.

“Selangor yang mempamerka­n aksi pantas berjaya membolosi jaringan seawal minit kedua permainan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah yang turun dengan sokongan padu lebih 12,000 penyokong ketinggala­n seawal minit kedua menerusi R Gopinathan.

Pada minit ke-18, The Titans semakin tertekan apabila pemain pertahanan, Ugochukwu Ukah mengukuhka­n kedudukan Red Giant sebelum kapten, Andik Vermansyah meranapkan impian T-team untuk ke final untuk gol ketiga pada masa kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia