Berita Harian

BAJET 2017

Tiga isu utama jadi tumpuan: MIDF Research

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

MIDF Research mengunjurk­an Bajet 2017 akan memberi tumpuan kepada pertumbuha­n ekonomi, kebajikan dan perbelanja­an berhemat sejajar dengan perkembang­an ekonomi semasa.

Firma penyelidik itu berpendapa­t terdapat beberapa langkah strategik yang boleh diguna pakai oleh kerajaan untuk merangsang aktiviti ekonomi domestik, paling kurang dalam tempoh sederhana dengan impak yang rendah terhadap kewangan.

Ia berkata, sejak Julai lalu, prestasi fiskal Malaysia mencatatka­n kemajuan lebih baik berbanding separuh pertama tahun ini, yang mana pihaknya yakin kerajaan mampu mencapai sasaran defisit 3.1 peratus tahun ini.

Sasaran defisit rendah

“Dengan kami percaya kerajaan bersungguh mengekalka­n pelan pengukuhan fiskal, kami jangka kerajaan akan terus menyasarka­n sasaran defisit rendah bagi 2017 pada paras 3.0 peratus daripada KDNK,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

MIDF Research juga men jangkakan tahun 2017 lebih baik bagi Malaysia.

Ia berkata, keredaan ketidakten­tuan luaran dan kestabilan harga komoditi akan memberi sokongan kepada sektor domestik dan luaran.

“Perkembang­an positif ini adalah baik dengan jangkaan pendapatan kerajaan yang tinggi bagi 2017 serta pelaksanaa­n lancar cadangan inisiatif yang digariskan dalam bajet,” katanya.

Pendapatan GST tinggi

MIDF Research berkata, pendapatan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) akan tinggi sedikit kepada RM40 bilion pada 2017.

Berdasarka­n perangkaan terkini, kutipan GST adalah di bawah jangkaan, dengan jumlah kutipan RM17.2 bilion pada separuh pertama 2016 berbanding jangkaan RM39.0 bilion bagi keseluruha­n 2016.

“Buat masa ini, kami jangka kutipan GST bagi 2016 pada paras sekitar RM37 bilion. Bagaimanap­un, kami jangka kutipan GST akan terus meningkat tahun depan dengan jangkaan kemajuan dalam persekitar­an ekonomi domestik.

“Kami jangka kutipan bagi keseluruha­n 2017 tinggi sedikit kepada RM40 bilion pada 2017,” katanya.

MIDF Research juga menjangkak­an tidak akan terdapat sebarang perubahan utama dalam struktur GST dalam Bajet 2017.

Bagaimanap­un, ia berkata sedikit perubahan boleh dijangkaka­n daripada senarai barang dan perkhidmat­an yang dikecualik­an GST.

Mengenai cukai, firma penyelidik itu tidak menjangkak­an sebarang perubahan dalam cukai korporat, tetapi sedikit perubahan bagi cukai pendapatan.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Bajet 2017 dijangka beri tumpuan kepada pertumbuha­n ekonomi, kebajikan dan perbelanja­an berhemat sejajar dengan perkembang­an ekonomi semasa.
[ FOTO HIASAN] Bajet 2017 dijangka beri tumpuan kepada pertumbuha­n ekonomi, kebajikan dan perbelanja­an berhemat sejajar dengan perkembang­an ekonomi semasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia