Berita Harian

Alloymtd optimis lancar projek terbaru di London

-

Malaysia, Alloymtd Group menerusi anak syarikat milik penuhnya, MTD Capital Bhd meneruskan pelannya untuk melancarka­n pembanguna­n hartanah, One Crown Place di EC2 London meskipun langkah Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alloymtd, Tan Sri Dr Azmil Khalid, berkata projek pembanguna­n hartanah dikenali Ardeir itu berjalan seperti dijadualka­n dan dijangka dilancarka­n awal tahun depan.

Beliau berkata, London kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi konglomera­t itu susulan asas bekalan dan permintaan utama pasaran hartanah tidak berubah.

Terus rangsang pertumbuha­n

“Faktor yang membuatkan London sebagai tempat menarik untuk tinggal dan melabur kerana sistem pendidikan dan kestabilan ekonomi kekal sama dan akan terus merangsang pertumbuha­n,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di Kuala Lumpur.

Azmil berkata, pembanguna­n Ardeir, yang mempunyai nilai pembanguna­n kasar kirakira STG500 juta (kirakira RM2.6 juta), menandakan kemasukan semula Alloymtd ke dalam pasaran hartanah London.

Antara 1996 dan 2000, konglomera­t itu mempu nyai satu pertiga pegangan dalam Spitalfiel­ds Developmen­t Group (SDG), syarikat usaha sama yang melaksanak­an pembanguna­n semula Spitalfiel­ds Market menerusi anak syarikatny­a, Metacorp Bhd.

Metacorp menjual peganganny­a kepada syarikat pembanguna­n dan pelaburan hartanah British, Hammerson PLC pada tahun 2000.

Pembanguna­n Ardeir, yang direka oleh arkitek Kohn Pedersen Fox (KPF), dijangka siap pada 2020.

Azmil berkata, konglomera­t itu dijangka memeterai kontrak dengan syarikat pembinaan peringkat satu tidak lama lagi untuk mengubah kawasan seluas kirakira 0.4 hektar itu.

 ??  ?? Azmil Khalid,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alloymtd
Azmil Khalid, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alloymtd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia