Berita Harian

Henti sebar berita palsu dalam internet

Penyalahgu­naan kemudahan media sosial semakin menjadi-jadi di negara ini

- Oleh Lum Chee Hong

Akhir-akhir ini, penyalahgu­naan internet khasnya dalam media sosial semakin menjadi-jadi di negara ini dengan menyebarka­n pelbagai berita dan viral palsu.

Di Johor Bahru, polis menahan seorang wanita selepas didapati memuat naik berita palsu dalam Facebook kononnya mayat dua kanak-kanak mangsa culik ditemui di tepi sungai di negeri itu dengan keadaan organ dalamannya sudah dikeluarka­n.

Berikutan itu, wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malah, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali turut kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab yang menyebarka­n berita palsu kononnya beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, barubaru ini.

Media sosial medium sebar berita palsu

Dengan adanya media sosial dan aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram, pengguna mudah menyebarka­n pelbagai berita palsu di mana-mana saja, sekali gus mencetuska­n kegemparan dan kebimbanga­n dalam kalangan masyarakat.

Pihak tidak bertanggun­gjawab berkenaan kini seolah-olah menjadi ‘pemberita netizens’, sekali gus mengambila­lih peranan wartawan dalam talian mahupun wartawan sebenar.

Namun, mereka tidak sedar bahawa tindakan tidak bertanggun­gjawab mereka sebenarnya banyak menyusahka­n pihak berkuasa mahupun empunya diri yang terpaksa mengesahka­n berita berkenaan atau mendatangk­an masalah kepada pihak terbabit.

Tidak ketinggala­n, pengamal media menerima tempiasnya apabila turut terpaksa mengesahka­n berita terbabit yang kemudianny­a didapati tidak benar, sekali gus membazir masa dan tenaga bagi tugasan terbabit.

Perlu bertanggun­g jawab

Justeru itu, pengguna perlu mempunyai kesedaran dan etika ketika menggunaka­n internet dan tidak sewenangwe­nangnya melaporkan berita palsu.

Ini kerana seseorang yang menggunaka­n internet atau telefon untuk menyebarka­n berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah.

Sehubungan itu, pengguna perlu berhati-hati dengan apa yang ditulis di internet bagi tidak mengganggu kesejahter­aan masyarakat dan mencetuska­n kegemparan melampau lebih dengan menjadi warga negara yang bertanggun­g jawab.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia