Berita Harian

Bateri Zenfone 3 Max tahan lama

-

Telefon pintar Zenfone 3 Max diperkenal­kan di pasaran negara ini yang memberi tumpuan kepada daya ketahanan bateri.

Zenfone 3 Max sebesar 5.2 inci meredakan kebimbanga­n jangka hayat bateri dengan kuasa mencukupi untuk seharian, malah jauh lebih daripada itu.

Dengan kapasiti bateri yang tinggi 4,100 mah, Zenfone 3 memastikan telefon anda sentiasa hidup dan bertahan sehingga 30 hari dalam keadaan ‘standby’ 3G.

Paling menarik, disebabkan kapasiti bateri yang sangat besar, ia dapat berfungsi sebagai ‘power bank’ untuk mengecas peranti digital anda.

Dua bateri pintar

Justeru, pengguna tidak perlu bimbang gajet lain anda kehabisan bateri atau ‘power bank’ turut kehabisan bateri.

Zenfone 3 Max juga merangkumi dua bateri pintar yang dilengkapi dengan teknologi untuk menyalurka­n lebih kuasa daripada sel bateri terbabit.

Dari segi reka bentuk telefon ini, ia kelihatan seperti reka bentuk premium yang mudah digenggam oleh pengguna dengan menggunaka­n satu tangan saja.

Bagi ciri keselamata­nnya, sensor cap jari belakang Zenfone 3 berada pada kedudukan sempurna ketika anda memegang telefon dan membukanya dengan pantas iaitu 0.3 saat.

Pengguna juga boleh meleretkan hujung jari di bawah sensor untuk kamera selfie seperti butang pengatup kedua.

Telefon ini mempunyai kamera 13 megapiksel (MP) di belakang, manakala kamera depan 5MP yang merakamkan imej selfie dan perbualan video yang jelas.

Ia dijual pada harga RM799 yang didapati dalam warna emas pasir, kelabu titanium dan perak glasier.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia