Berita Harian

Chong Wei dilantik duta jenama Parkson

Prestasi jag uh badm into n neg ara jadi k ebang g aan rak yat M alaysia

-

O leh Nurhayati Abllah

Parkson Retail Group, antara rangkaian kedai terbesar di Asia Tenggara merancang untuk terus memperkuku­hkan jenamanya pada tahun depan dengan melaksanak­an pelbagai strategi, termasuk menerusi pelantikan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai duta.

Selain itu, Parkson juga menyasar untuk memperkena­lkan kad keahlian edisi terhad, duta jenamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Parkson Retail Group Ltd (China), Shaun Chong Sui Hiong, berkata pihaknya melantik Chong Wei sebagai duta jenama Parkson disebabkan prestasi beliau yang menjadi kebangsaan rakyat Malaysia.

“Chong Wei melambangk­an jenama dan perjalanan syarikat kami. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang dilahir dan dibesarkan di sini, beliau melalui perjalanan panjang untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Hadapi zamanturun­naik

“Beliau menghadapi zaman ‘turun naik’ sebelum berjaya menjadi diri beliau pada hari ini. Tiga kali menyertai Sukan Olimpik dan memenangi pingat perak, beliau masih kekal kukuh dalam bidang yang diceburiny­a,” katanya pada majlis memperkena­lkan Chong Wei sebagai duta jenama Parkson di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi dan Pengarah Urusan Lion Group, Tan Sri William Cheng, Chong Wei dan Ketua Pegawai Operasi Parkson Corporatio­n Sdn Bhd, Law Boon Eng.

Sementara itu, Chong Wei berkata, Parkson adalah satu jenama yang sudah mencipta rekod prestasi tersendiri di Malaysia dan setiap rangkaian kedainya mempunyai produk yang meliputi semua keperluan dan cara hidup masyarakat hari ini.

“Selain itu, jenama berkenaan sudah dikenali di China, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Saya berbangga untuk menjadi duta dan menjadi sebahagian daripada syarikat ini,” katanya.

Cabutanber­tuah

Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-29 Parkson, pelanggan yang membeli-belah di rangkaian Parkson sepanjang bulan ini berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi raket badminton eksklusif yang ditandatan­gani jaguh badminton itu atau jersi rasmi beliau, Yonex.

Parkson kini memiliki rangkaian kedainya di lima negara termasuk di China, Indonesia, Vietnam dan Myanmar.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Chong Wei menurunkan tandatanga­n pada gambarnya ketika pelantikan­nya sebagai duta jenama Parkson di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Chong Wei menurunkan tandatanga­n pada gambarnya ketika pelantikan­nya sebagai duta jenama Parkson di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia