Berita Harian

Gano Excel sasar jualan lebih RM1 bilion di China

-

dan pengedar cendawan, Ganoderma Excel Enterprise Sdn Bhd (Gano Excel) menyasarka­n jualan lebih RM1 bilion di pasaran China, tahun depan.

Pengasas dan Presidenny­a, Leow Soon Seng, berkata ia berikutan kejayaan 40 produknya yang mencatatka­n jualan sebanyak AS$500 juta (RM4.21 bilion) setahun di 70 negara seluruh dunia.

Katanya, biarpun persaingan produk berasaskan cendawan ganoderma sengit di China, produk keluaran syarikatny­a mampu bersaing dan mendapat tempat dalam kalangan pendudukny­a.

“Kami adalah syarikat yang 90 peratus mengeluark­an produk berasaskan ganoderma organik, kami biarkan produk kami berbicara dengan pengguna.

Tembusi pasaraname­rika Latin

“Hasil dan kesan produk kami buktikan melalui penerimaan di 70 cawangan di beberapa negara Asia Tenggara, Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya selepas menerima kunjungan beberapa wakil Institut Penyelidik­an dan Latihan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNITAR) di Ladang Gano di Napoh, Jitra, baru-baru ini.

Soon Seng berkata, pihaknya turut merancang menembusi beberapa negara, termasuk Iran, Amerika Latin, Ecuador, Panama dan Guatemala pada masa depan.

Katanya, Gano Excel setakat ini melahirkan ramai usahawan tetapi dalam masa sama, hanya berjaya menembusi pasaran Malaysia sebanyak tiga peratus dari jumlah keseluruha­n jualan di seluruh dunia.

“Ada pihak kurang bertanggun­gjawab meniru produk kami sehingga produk tiruan itu boleh dijual di merata tempat.

“Atas sebab itu, kami mengambil inisiatif memasarkan produk ke luar negara dan hasilnya Gano Excel semakin kukuh dan bertahan sejak 21 tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, ketika menerima kunjungan wakil UNITAR, Soon Seng berkata, pihaknya bersedia bekerjasam­a dengan pertubuhan itu bagi membantu meningkatk­an ekonomi masyarakat dan secara tidak langsung meningkatk­an kualiti kesihatan pengguna menerusi produk dijual di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia