Berita Harian

FBM KLCI teruskan aliran mendatar

-

murah yang terus diminati oleh pelabur runcit.

Kaunter yang paling aktif diniagakan pada Jumaat lalu adalah AT BHD.

Kejatuhan yang teruk pada Khamis dan Jumaat lalu yang dicatatkan kaunter itu dijangka akan terus memberi tekanan jualan pada minggu ini.

Namun berkemungk­inan akan terdapat minat belian ketika harga sahamnya diniagakan pada paras sokongan semasa iaitu lima sen.

Saham Pos Malaysia yang kini diniagakan dalam aliran menaik dan berada pada kedudukan di atas purata pergerakan mudah 200 hari (SMA 200) telah berjaya ditutup tinggi dan melepasi paras harga rintangan RM4.

Minat belian yang berterusan dijangka akan membantu kepada kenaikan seterusnya pada minggu ini.

Sektor berkaitan urus niaga

Minat belian dijangka akan tertumpu dalam sektor berkaitan teknologi, telekomuni­kasi dan pembinaan pada urus niaga minggu ini kerana sektor itu dijangka akan mendapat banyak manfaat daripada pengumuman Bajet 2017.

Bajet kali ini dijangka mesra pengguna dan akan memberi banyak insentif kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual membentang­kan Bajet 2017 pada Jumaat ini.

Indeks utama Bursa Malaysia masih belum berjaya melepasi paras psikologi SMA200 dan berada di dalam aliran mendatar secara keseluruha­nnya.

FBM KLCI kehilangan 6.41 mata untuk asas mingguan dan ditutup pada paras 1,658.97.

Analisis Purata Pergerakan Harga menunjukka­n FBM KLCI berada pada aliran menurun berdasarka­n Purata Pergerakan Mingguan (SMA5) dan Purata Pergerakan Bulanan (SMA30).

Purata Pergerakan Tahunan (SMA200) pula menunjukka­n indeks masih kekal di dalam aliran mendatar.

Pada asas mingguan, Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukka­n bacaan pada minggu lalu berada pada paras 53.7 peratus berbanding 55.1 peratus pada minggu sebelumnya.

Paras mendatar

Selama tiga minggu berturut-turut, momentum FBM KLCI adalah mendatar.

Untuk asas harian, bacaan RSI Jumaat lalu (39.5 peratus) menunjukka­n penurunan berbanding Khamis (45.6 peratus).

Paras psikologi SMA200 bertindak sebagai paras rintangan terdekat FBM KLCI untuk minggu ini dan rintangan seterusnya di paras 1,690.

Paras sokongan semasa dilihat berada pada paras 1,645. Sekiranya paras ini gagal bertahan, paras sokongan seterusnya ialah pada paras 1,615.

FBM KLCI masih dilihat akan berada di antara paras 1.645 dan 1,690.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia