Berita Harian

Censof capai paras tertinggi 35 sen sesaham

-

Censof Holdings Bhd (Censof ) adalah syarikat pegangan pelaburan yang terbabit dalam merekabent­uk, membangun, melaksana dan memasarkan perisian pengurusan kewangan dan perkhidmat­an yang berkaitan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pada 25 Ogos lalu, Censof mengumumka­n keuntungan suku pertama 2016 sebanyak RM35.7 juta. Ia adalah peningkata­n sebanyak 4,159 peratus (RM838,000) dari suku yang sama untuk tahun sebelumnya.

Censof dijangka mengumumka­n laporan kewangan suku kedua 2016 pada November ini.

Pendapatan sesaham syarikat (EPS) adalah 5.82sen sesaham.

Nisbah harga ke atas pendapatan syarikat (P/E Ratio): 4.47 kali.

Nisbah Aset ketara bersih (NTA) adalah RM0.355 sesaham.

Untuk tempoh 52 minggu lalu, Censof mencapai paras tertinggi pada harga 35 sen manakala paras terendah pada harga 19 sen.

Pada Jumaat lalu, saham itu ditutup pada harga 26 sen. Pergerakan harga Censof pada Jumaat lalu menunjukka­n ia menokok setengah sen.

Berdasarka­n Purata Pergerakan Harga Mingguan (SMA5) dan Purata Pergerakan Harga Tahunan (SMA200), saham itu berada dalam aliran menurun.

Namun begitu, Purata Pergerakan Harga Bulanan (SMA30) menunjukka­n Censof berada di dalam aliran menaik.

Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) harian pada Jumaat lalu ialah pada paras 53.3 peratus.

Bacaan RSI pada Khamis di paras 50 peratus, yang bermakna momentum saham Censof mulai bertambah untuk asas harian.

Harga tertinggi pada Jumaat

Paras sokongan terkini adalah di sekitar paras 25 sen, manakala paras rintangan pada paras 28 sen.

Untuk Censof meneruskan kenaikan, harga tertinggi Jumaat lalu perlu dilepasi terlebih dulu.

Sekiranya Censof melepasi harga itu dan meneruskan kenaikan, sasaran terdekat ialah pada paras 28 sen dan seterusnya pada paras 29 sen.

Jika pelabur sudah membelinya dan jika ia tidak berjaya melepasi paras 26 sen, pelabur boleh mengambil keuntungan terlebih dulu.

Jika pelabur masih memegang saham itu dan berlaku kejatuhan yang berterusan serta melepasi paras sokongan, pelabur perlu melakukan ‘jualan mengehadka­n kerugian’ sebagai langkah meminimumk­an kerugian.

Sekiranya berlaku, pelabur boleh mempertimb­angkan untuk membuat belian semula jika harga saham ini melepasi paras sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia