Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah dunia jatuh sedikit pada Jumaat lalu kerana peniaga menyeimban­gkan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan satu lagi peningkata­n dalam jumlah pelantar minyak AS berbanding jangkaan bahawa lebih banyak spekulasi penguranga­n output oleh OPEC akan mengekalka­n harga minyak di atas paras AS$50 satu tong.

Dolar AS mencatatka­n prestasi mingguan terbaik dalam tempoh tujuh bulan berbanding kumpulan mata wang utama, menjejaska­n harga komoditi dalam denominasi dolar AS, termasuk minyak mentah.

Laporan yang dipantau secara dekat oleh penyedia perkhidmat­an minyak, Baker Hughes, menunjukka­n penggali minyak AS menambah empat pelantar bagi minggu berakhir 14 Oktober.

Ia adalah minggu ke-16 bahawa penggali minyak meneruskan kerja mereka tanpa penguranga­n , sekali gus memberi petunjuk lebih banyak pengeluara­n akan berlaku.

Bagaimanap­un, harga minyak mentah hanya jatuh sedikit.

Brent, penanda aras utama yang didagangka­n di London ditutup jatuh lapan sen atau 0.2 peratus kepada AS$51.95 satu tong.

Bagi minggu itu, ia ditutup tidak berubah.

Kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) ditutup jatuh sembilan sen kepada AS$50.35. Ia meningkat sekitar satu peratus pada minggu itu.

“Tidak terdapat berita besar untuk memacu pasaran,” kata Penganalis­is Price Futures Group yang berpangkal­an di Chicago, Phil Flynn.

Harga minyak berada dalam aliran meningkat sejak 27 September lalu, dengan Brent meningkat kira-kira 13 peratus dan mencecah paras tinggi satu tahun melepasi paras AS$53, selepas Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) mengumumka­n rancangan pertamanya untuk mengurangk­an output dalam tempoh lapan tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia