Berita Harian

Indeks pengeluar China pacu pasaran

-

Pasaran Asia dan Eropah meningkat pada Jumaat lalu berikutan indeks harga pengeluar China meningkat buat pertama kali dalam tempoh lebih empat tahun.

Beijing berkata, indeks harga pengeluar meningkat bulan lalu selepas mencatatka­n kejatuhan 54 bulan berturut-turut, sekali gus menepis jangkaan kejatuhan dan memberikan harapan yang diperlukan bagi ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Firma China terjejas dengan kejatuhan harga beberapa tahun lalu bagi barangan mereka berikutan lebihan kapasiti yang sangat kronik dan permintaan lemah, sekali gus menjejaska­n pertumbuha­n dalam pemacu utama ekonomi dunia itu.

Harga pengguna juga meningkat daripada dijangkaka­n.

“Berakhirny­a deflasi PPI adalah petunjuk baik bagi kestabilan ekonomi.

“PPI dijangka kekal mengembang dalam bulan mendatang,” kata Penyelidik Bank of China yang berpangkal­an di Beijing, Gao Yuwei kepada Bloomberg New s.

Peniaga di seluruh Asia secara keseluruha­nnya mengalu-alukan berita membabitka­n ekonomi kedua terbesar dunia itu, yang berdepan cabaran memulihkan pertumbuha­n perlahan.

Hong Kong ditutup 0.9 peratus tinggi dan Shanghai naik 0.1 peratus, sementara Seoul melonjak 0.4 peratus dan Tokyo meningkat 0.5 peratus manakala Sydney ditutup tidak berubah.

Di Bangkok, Bursa Thailand melonjak 4.2 peratus dan baht meningkat satu peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Saham Thailand jatuh sekitar enam peratus minggu ini dan baht merosot sekitar tiga peratus kerana pelabur bimbang mengenai kestabilan politik dan ekonomi susulan kemangkata­n Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang memerintah selama tujuh dekad.

Penganalis­is berkata, kemangkata­n Raja sudah diambil kira dalam pasaran dan pelabur bergegas untuk membeli saham murah, manakala perhatian kini beralih kepada proses penggantia­n oleh anaknya.

“Asas ekonomi Thailand tetap tidak terjejas, yang mana sepatutnya membantu untuk mengharung­i badai ini,” kata Pakar Strategik IG Asia Pte yang berpangkal­an di Singapura, Jingyi Pan.

Di Seoul, Samsung Electronic­s meningkat 1.3 peratus.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Kemangkata­n Raja Bhumibol Adulyadej memberi kesan kepada pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi susulan di Thailand.
[ FOTO AFP ] Kemangkata­n Raja Bhumibol Adulyadej memberi kesan kepada pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi susulan di Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia