Berita Harian

Pasaran dijangka melonjak

FBM KLCI dijangka bergerak paras 1,680 menjelang Bajet 2017

-

Bursa Malaysia dijangka melantun semula minggu ini susulan rangsangan daripada sentimen positif pemangkin baharu menjelang Bajet 2017.

Naib Presiden/ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak ke paras 1,680 minggu ini.

Beliau berkata, keadaan itu akan memacu minat belian keba- nyakannya dalam saham berkaitan teknologi, telekomuni­kasi dan pembinaan kerana sektor-sektor ini dijangka mendapat banyak manfaat daripada bajet baharu itu.

“Bajet kali ini dijangka mesra pengguna dan akan memberi banyak insentif kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Razak dijadual membentang­kan Bajet 2017 pada Jumaat ini.

Isu-isu luar negara seperti pemulihan harga minyak, pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsun­g tidak lama lagi dan kemungkina­n kenaikan kadar faedah Rizab Persekutua­n AS (Fed) dijangka terus mempengaru­hi minat terhadap Bursa Malaysia minggu ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, petunjuk pasaran FBM KLCI susut 6.41 mata kepada 1,658.97 berbanding 1,665.38 Jumaat minggu sebelumnya.

Pergerakan harga minyak dunia ditambah dengan perkembang­an di dua ekonomi terbesar dunia, AS dan China, adalah antara faktor yang akan mempengaru­hi minat risiko dalam pasaran tempatan.

Bagi minggu ini, Indeks FBM Emas menjunam 24.51 mata kepada 11,737.64, Indeks FBMT 100 susut 24.51 mata kepada 11,434.86 dan Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 14.84 mata kepada 12,404.89.

Bagaimanap­un, FBM Ace naik 14.66 mata kepada 5,149.2 dan FBM 70 menokok 11.38 mata kepada 13,792.42.

Mengikut sektor, Indeks Kewa- ngan turun 45.79 mata kepada 14,225.37, Indeks Perusahaan susut 14.71 mata kepada 3,121.04, tetapi Indeks Perladanga­n meningkat 24.07 mata kepada 7,914.57.

Jumlah dagangan mingguan menambah kepada 7.56 bilion unit bernilai RM8.52 bilion berbanding 6.27 bilion unit bernilai RM7.39 bilion Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.81 bilion unit bernilai RM8.11 bilion berbanding 4.07 bilion unit bernilai RM7.05 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.15 bilion unit bernilai RM213.87 juta berbanding 939.82 juta unit bernilai RM175.12 juta sebelumnya.

Pasaran ACE menambah kepada 1.58 bilion saham bernilai RM199.33 juta daripada 1.25 bilion saham bernilai RM162.55 juta sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia