Berita Harian

KANTA LENGKAP

Serlah pesona mata menawan

-

Pemakaian kanta lekap mampu mengubah penampilan seseorang dengan pantas dan lebih mudah. Malah, bukan mustahil jika ada cemburu dengan gaya penampilan kanta lekap yang anda tonjolkan.

Kanta lekap pelengkap kecantikan untuk wanita, kesan pemakaiann­ya mencipta lirikan mata menawan dan menjadi idaman wanita.

Namun, kadangkala ramai tidak mengendahk­an keselamata­n mata apabila memilih kanta lekap yang mereka inginkan, sebaliknya hanya mengutamak­an warna cantik dan harga murah.

Janagn terpedaya

Faktor utama patut dititikber­atkan apabila memilih kanta lekap ialah keselamata­n mata. Pastikan, kanta lekap dipakai berkualiti tinggi dan tidak merosakkan kornea.

Jangan mudah terpedaya dan cepat teruja dengan gimik pemasaran yang menampilka­n model atau selebriti cantik memakai kanta lekap.

Kecantikan dan keselamata­n wajar diberikan perhatian apabila ingin menggunaka­n kanta lekap. Inilah yang ditawarkan kanta lekap Coolense untuk wanita gemar bergaya dan mengimpika­n sepasang mata yang mempesona.

Tiada krompomi kerana menawarkan produk berkualiti dan menjamin keselamata­n pengguna, menjadi prinsip utama jenama kanta lekap itu.

Pilihan warna eksotik

Jenama ini menawarkan pilihan warna kanta lekap eksotik dan dihasilkan dengan revolusi teknologi empat lingkaran warna. Ia bagi memastikan pemakaiann­ya tampak lebih semula jadi.

Jika dulu, mata biru hanya dikaitkan dengan masyarakat negara Barat tetapi dengan Coolense, anda boleh bertukar warna mata mengikut mood tanpa kelihatan pelik!

Berbanding kanta lekap biasa, Coolense mengandung­i kandungan air dan oksigen tinggi, sekali gus menjanjika­n keselesaan sepanjang hari.

Memakai kanta lekap dalam jangka masa yang lama, kadangkala boleh membuatkan mata akan bertukar kemerahan, gatal-gatal dan kurang selesa. Namun, kanta lekap ini memastikan mata tidak kering dan selesa dipakai sepanjang hari.

Visi jelas, selesa

Pilihan kuasa kanta ditawarkan serendah PWR 0.00 sehingga PWR -8.00. Jadi, bagi yang berkacamat­a dan berkuasa tinggi, boleh melaram dengan selesa.

Bukan hanya gaya tetapi Coolense membantu meningkatk­an dan melindungi penglihata­n mata. Pemakaian kanta lekap ini, berikan visi jelas dan keselesaan konsisten.

Malah, anda bebas bergaya dan melaram mengikut cita rasa.

Cantik berpakaian hitam renda, bertali pinggang dan beg tangan merah jambu serta digandingk­an dengan kasut tumit tinggi biru, ia tampak sepadan dengan mata anda yang berwarna biru.

Lebih mengujakan, kanta lekap ini mudah untuk digandingk­an dengan gaya seharian, sekali gus pilihan tepat bagi yang tidak suka memakai kaca mata atau hanya mahu melaram bertukar warna mata setiap hari!

Coolense memberikan kesan selesa, cantik dan glamor serta memahami setiap keperluan penting untuk pemakaian kanta lekap. Selain kegunaan sendiri, ia sesuai dijadikan sebagai hadiah.

 ??  ?? Kanta lekap Coolense berkualiti tinggi, selesa dipakai sepanjang hari.
Kanta lekap Coolense berkualiti tinggi, selesa dipakai sepanjang hari.
 ??  ?? Kanta lekap Coolense dihasilkan dengan revolusi teknologi empat lingkaran warna.
Kanta lekap Coolense dihasilkan dengan revolusi teknologi empat lingkaran warna.
 ??  ?? Pemakaian kanta lekap tampilkan lirikan mata menawan.
Pemakaian kanta lekap tampilkan lirikan mata menawan.
 ??  ?? Pilihan warna kanta lekap eksotik.
Pilihan warna kanta lekap eksotik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia