Berita Harian

ORANG MUDA

Gigih bantu remaja bermasalah

-

Mendidik remaja kurang bernasib baik dan bermasalah dari segi pembelajar­an serta sikap, bukanlah mudah.

Ini kerana mereka dilihat seolah-olah seperti kurang berminat terhadap pelajaran dalam kelas.

Bertitik tolak daripada kesukaran inilah membuatkan tiga anak muda Imran Harith, Khairul Azri Khalid dan Mohd Sanul John menubuhkan akademi yang membantu remaja bermasalah membentuk sahsiah dan arah tujuan hidup mereka.

Menariknya mereka bukan menggunaka­n konsep pembelajar­an tetapi lebih kepada sukan dengan menjadikan Muay Thai sebagai asas utama dalam akademi yang dikenali sebagai Discover Muay Thai (DMT) di UNIKL, Persiaran Gurney, Kuala Lumpur.

Imran yang juga pengasas DMT berkata, Muay Thai dipilih sebagai asas utama kerana selain sebagai ilmu mempertaha­nkan diri, sukan ini juga memberi penekanan kepada disiplin dan rasa hormat.

Kekangan kewangan, penginapan

DMT dibuka untuk menyediaka­n perkhidmat­an latihan kecergasan kepada orang ramai.

Pada masa sama, ia turut memberi tumpuan kepada membantu belia yang kurang bernasib baik untuk mempunyai masa depan.

Imran berkata, sukan tempur itu juga dapat membina perwatakan individu selain menerapkan nilai positif melalui program pembanguna­n intensif selama empat bulan.

“Selama empat bulan mereka ditempatka­n di kem Muay Thai untuk mempelajar­i sukan ini, selain didedahkan beberapa ilmu lain seperti mempelajar­i bahasa Inggeris, menerapkan sahsiah, kaunseling, ilmu kemahiran tangan dan memupuk sifat sukarelawa­n.

“Matlamat utama kami apabila keluar dari DMT mereka dapat membantu meningkatk­an taraf hidup dan paling utama merubah sikap dalam diri masing-masing.

“Sehingga kini DMT sudah berjaya mendidik hampir 20 remaja daripada dua kumpulan intensif kami. Kumpulan baru akan mula mengikuti program dalam hujung tahun ini,” katanya.

Setakat ini DMT hanya mampu untuk mengambil tidak lebih dari 10 peserta untuk satu program kerana beberapa kekangan seperti dari kewangan serta penginapan peserta.

Disiplin, saling menghormat­i

Bercerita lanjut mengenai DMT, pemuda ini berkata, idea menubuhkan DMT sudah lama difikirkan iaitu ketika beliau melawat Chalong Bay di Phuket, Thailand pada tahun 2013.

Ketika melawat rakannya menyertai kem Muay Thai, beliau tertarik dengan konsep yang digunakan dalam mendidik disiplin dan rasa hormat dalam kalangan pelatih Muay Thai.

“Satu perkampung­an itu penuh dengan kem

Muay Thai dan walaupun boleh dianggap pesaing tetapi mereka hormat dan sentiasa berdisipli­n.

“Tiada langsung pergaduhan sesama pelatih walaupun kebanyakan kem di sana pesertanya adalah golongan muda dan remaja yang terdiri daripada anak yatim, pesalah jenayah juvana, mangsa perdaganga­n manusia atau penderaan domestik.

“Nilai kuat yang diterapkan itu membuatkan saya terfikir untuk mengambil konsep itu dan dikembangk­an serta disesuaika­n dengan masalah remaja di negara kita,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Imran ketika sesi melakukan senaman pemanas badan kepada pelatih.
Imran ketika sesi melakukan senaman pemanas badan kepada pelatih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia