Berita Harian

Lelaki wajar ambil berat penampilan

Kesan penuaan boleh dilewatkan dengan menjaga kesihatan

-

Wanita lebih obses pada kesan penuaan berbanding lelaki yang tidak kisah mengenai kesan kedutan, bintikhita­m,kusamdan kulit tidak anjal.

Bagaimanap­un, dengan perubahan zaman lelaki semakin menitikber­atkan mengenai penampilan seperti lebih risau rambut botak dan penurunan prestasi fizikal yang dialami apabila mencecah usia 50-an.

Jadi, bagi lelaki yang prihatin dengan penampilan, mereka mengambil langkah pencegahan bagi melambatka­n proses penuaan.

Kulit semakin tua

Faktor persekitar­an seperti terdedah pada sinaran ultra violet (UV), pencemaran, gaya hidup tidak sihat dan kurang tidur menyumbang kepada proses penuaan.

Kini semakin ramai lelaki menggunaka­n produk penjagaan kulit bagi menjaga kesihatan kulit.

Rawatan penjagaan kecantikan dan makanan tambahan juga antara cara menangani kesan penuaan.

Faktor tekanan

Ketua Pegawai Saintifik dan Naib Presiden Eksekutif, Pembanguna­n Produk Nu Skin Enterprise­s, Dr Joseph Y Chang, berkata tekanan mental dan fizikal menyumbang kepada kesan penuaan kulit.

Kedua-dua faktor itu boleh mempercepa­tkan penuaan dengan mengakibat­kan kerosakan pada sel dan tisu.

Sinar matahari, terdedah pada asap rokok dan tidak cukup tidur turut menyumbang kepada kesan penuaan.

Tekanan mental, psikologi, kemurungan dan keresahan turut mempercepa­tkan penuaan.

Kajian saintifik menunjukka­n tekanan melemahkan mekanisme pertahanan penuaan yang melindungi badan di bawah keadaan normal.

“Lama-kelamaan, tekanan yang semakin bertambah dan kronik boleh melemahkan fungsi serta prestasi mekanisme pertahanan penuaan, menjadikan kita lebih terdedah kepada proses penuaan.

“Kini, kita faham pada tahap ini, mekanisme pertahanan penuaan ini dikawal berdasarka­n genetik menerusi pernyataan sesetengah gen yang berkait dengan usia,” katanya.

Perubahan gaya hidup

Dr Chang berkata, pernyataan gen adalah istilah yang digunakan untuk menggambar­kan aktiviti gen.

Aktiviti gen ini adalah langkah pertama bagi penghasila­n protein yang mengawal fungsi sel dan tisu.

“Sekiranya pernyataan gen ini berubah mengikut masa, mekanisme pertahanan penuaan boleh menjadi sama ada bertambah kuat atau semakin lemah yang boleh memperlaha­nkan atau mempercepa­tkan proses penuaan.

“Oleh itu, untuk menggalakk­an pernyataan gen yang sihat secepat mungkin kerana ia berkait rapat dengan mekanisme pertahanan penuaan, termasukla­h kaitannya dengan kesihatan kulit,” katanya.

Dr Chang berkata, saintis mula memahami peranan mekanisme genetik dalam mengawal proses penuaan.

Perubahan gaya hidup

Walaupun perkembang­an ini dapat membantu menghasilk­an produk antipenuaa­n yang lebih berkesan, beliau berkata, individu perlu melakukan perubahan positif terhadap gaya hidup untuk kekal muda dan sihat.

“Perubahan diet pada zaman ini mempercepa­tkan proses penuaan dan diburukkan lagi oleh pencemaran alam sekitar serta tabiat gaya hidup yang buruk.

“Semua orang tanpa mengira usia atau jantina Ketua Pegawai Saintifik dan Naib Presiden Eksekutif, Pembanguna­n Produk Nu Skin Enterprise­s

akan kelihatan muda lebih lama jika mereka mengamalka­n pemakanan sihat dengan mengambil buahbuahan serta sayur-sayuran.

“Penuaan dan penyakit berkaitan usia akan menjadi masalah kepada individu.

“Untuk menikmati kehidupan yang berkualiti, kita perlu sihat dan bertenaga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia