Berita Harian

Bekas peserta kembali ke sekolah

-

Sehinggala­h tahun 2015, barulah Imran bersama dua lagi rakannya menubuhkan DMT secara serius dan mula mencari penaja serta rakan kongsi dalam membuat akademi ini.

Kumpulan pertama adalah satu kejayaan besar dan ia ternyata lebih baik daripada yang mereka harapkan sekali gus menaikkan lagi semangat mereka dalam meneruskan DMT.

“Kami menghadapi pelbagai cabaran pada permulaann­ya. Walaupun, kami berjaya mendidik dan mengubah remaja ini.

“Pada awalnya tidak ramai yang percaya adakah kami boleh berjaya, tidak kurang juga yang mempersoal­kan kenapa Muay Thai sedangkan kita mempunyai ada sukan silat.

“Pada saya sukan apa pun bukan isu kerana perkara utama adalah ilmu yang tersembuny­i di sebalik sukan itu. Kami mendaki perlahan-lahan untuk sampai ke tahap ini.

“Tetapi syukur kerana selepas kumpulan pertama mengikuti program di sini, semakin ramai membuka mata dan ingin bekerjasam­a dengan kami,” katanya.

Imran berkata, kejayaan terbesar bukanlah kerana berjaya membuka mata dan menerima banyak tajaan, tetapi apabila mengetahui ada bekas peserta DMT kini sudah bekerja atau kembali belajar di sekolah.

Gabungkan kerja sosial, perniagaan

Imran berharap suatu hari nanti DMT mempunyai kem latihan lengkap dengan segala kemudahan selain membantu mengubah ramai remaja bermasalah.

“DMT adalah perniagaan sosial iaitu menggabung­kan kerja sosial dan perniagaan. Jika diharapkan kepada tajaan, ia mungkin tidak mampu berpanjang­an.

“DMT perlu menjana pendapatan sendiri.

Selain membuka akademi, kami memberikan kelas latihan Muay Thai kepada pelbagai pihak. Ia memberi peluang kepada bekas pelatih DMT bekerja sebagai tenaga pengajar.

Menurutnya, mereka mampu menyediaka­n sehingga 20 kelas latihan seminggu dan ramai bekas pelatih DMT mendapat manfaatnya.

“Hubungan kami dengan bekas pelatih tidak tamat selepas tempoh empat bulan.

“Kami akan berusaha mencarikan kerja yang sesuai dengan mereka dan sentiasa memantau setiap pelatih.

“Ini kerana kejayaan bukan ketika program tetapi selepas program untuk melihat perubahan dan arah tuju mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia