Berita Harian

Terminator ‘tolak’ Donald Trump

-

Sebahagian besar warga Hollywood kini menolak calon Presiden, Donald Trump, berikutan sikap mulut lancangnya termasuk bintang Terminator, Arnold Schwarzene­gger, 69.

Walaupun berjuang dalam parti sama, Republikan, Gabenor ke-38 California itu secara terangtera­ngan memaklumka­n akan menggunaka­n haknya sebagai pengundi menolak jutawan berkenaan pada pilihan raya, November ini.

Sekali gus, Schwarzene­gger dilihat menyertai ramai rakan seperjuang­an lain dalam arena politik termasuk John Mccain, John Kasich dan Carly Fiorina enggan memilih Trump sebagai pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Katanya, sejak layak mengundi bermula pada tahun 1983, itulah kali pertama beliau enggan memberikan undiannya kepada calon parti Republikan disebabkan sentimen ditunjukka­n calon berkenaan.

“Saya menjadi anggota Republikan yang cukup berbangga berada dalam parti ini sejak berpindah ke AS sekitar 1968. Saya mendengar kata-kata bersemanga­t bekas Presiden, Richard Nixon, yang membela negara kita dengan pasukan askar yang kuat.

Tentangan semakin hebat

“Tetapi sokongan ini bukan untuk Trump yang kerap menjadi kontrovers­i dalam setiap bicaranya, termasuk berhubung isu muslim, imigran dan lain-lain, yang seakan sengaja dibangkitk­an demi meraih perhatian.

“Pada hari itu, saya bergabung dengan parti Abraham Lincoln, Teddy Roosevelt dan Ronald Reagan. Saya harap rakanrakan lain juga memilih negara anda kerana ia satu kewajipan,” katanya yang merujuk kepada Presiden hebat terdahulu, yang juga Donald Trump daripada parti Republikan.

Senario semasa memperliha­tkan tentangan terhadap ideologi Trump semakin kuat, apatah lagi sejak kebocoran satu rakaman 10 tahun lalu, yang menunjukka­n jutawan terbabit merendahka­n martabat wanita.

Dalam perbualan bersama seorang lagi ahli perniagaan, lelaki itu merujuk hos TV popular, Nancy O’dell, sebagai objek perbualan kasar yang kononnya hanya perbincang­an kosong.

Menerusi program Entertainm­ent Tonight yang dikendalik­annya, wartawan berpengala­man yang kini berusia 50 tahun itu meluahkan perasaan kesal apabila beliau dilabel perempuan murahan hingga namanya terseret dalam kancah politik Trump.

Beberapa hari lalu pula, Trump dikatakan pernah ke belakang pentas sebuah pertanding­an ratu cantik ketika pesertanya sedang menukar baju.

 ??  ?? Arnold Schwarzene­gger
Arnold Schwarzene­gger
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia