Berita Harian

Adik Kim Kardashian pula tayang barang kemas

-

Nampaknya kes rompakan membabitka­n Kim Kardashian di Paris, Perancis, baru-baru ini tidak pun memberi kesan kepada keluarga terdekatny­a apabila adik lelaki wanita popular terbabit, Rob, dilihat menayangka­n barang kemas.

Sikap suka menunjuknu­njuk kehidupan mewah dengan barang perhiasan diri mahal seperti yang ditunjukka­n lelaki itu menerusi laman Instagramn­ya sudah tentu meraih kecaman netizen.

Bintang realiti itu dikritik sebaik saja dia memuat naik gambar tiga utas jam tangan berjenama yang bertatahka­n emas dan rantai di Instagramn­ya, hanya beberapa hari selepas kakaknya kerugian jutaan dolar.

Sengaja cari masalah

Tindakanny­a itu menyebabka­n dirinya dilemparka­n dengan pelbagai kritikan, hingga dia akhirnya bertindak memadamkan status dan gambar berkenaan beberapa jam kemudian.

“Tindakan anda sangat bodoh dan sengaja memancing perhatian. Apakah anda tidak belajar sesuatu daripada kejadian menimpa Kim sebelum ini? Anda sengaja mencari masalah,” kata seorang pengikutny­a di Instagram.

Perkara itu dibangkitk­an ramai selepas Kim, 35, berdepan dengan pengalaman ngeri diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di sebuah hotel mewah di Paris, awal minggu lalu.

Ibu kepada dua anak itu berdepan detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai seragam polis dan topeng penutup muka mengacu pistol di kepalanya dalam kejadian jam 3 pagi itu.

Polis yang kini menjalanka­n siasatan terhadap individu terdekat bintang terbabit menganggar­kan Kim menanggung kerugian bernilai kirakira RM45.2 juta dalam insiden berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia