Berita Harian

Rai 2 dekad Astro Fiesta

Tawar akses percuma sempena ulang tahun ke-20

-

Penyedia perkhidmat­an televisyen (TV) satelit, Astro meraikan ulang tahun ke-20 dengan menawarkan akses percuma saluran Astro Fiesta kepada pelanggan mulai 11 Oktober lalu hingga 31 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, pihaknya mahu berkongsi kegembiraa­n dengan menawarkan kandungan pilihan On Demand (OD) secara percuma kepada rakyat Malaysia.

“Astro berbangga terus menjadi pilihan ramai dalam hiburan, sukan, pendidikan dan berita. Ini membuatkan stesen ini melangkah berani ke dekad seterusnya dengan menjanjika­n peluang lebih besar.

“Saluran percuma termasuk Astro Awani, Arena, Go Shop 1 & 2 serta aneka saluran lain adalah tanda terima kasih kami kepada pelanggan setia yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya pada majlis ulang tahun Astro di di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, pelakon popular Korea Selatan yang hangat dengan drama berantai Doctors, Kim

Rae Won diterbangk­an khas bagi memeriahka­n acara bersejarah itu.

Wajah popular lain yang turut menyerikan majlis adalah Datuk Aznil Nawawi, Johan, Zizan Razak, Nabil Ahmad, Adira, Hafiz Suip, Harith Iskander, Vince dan Hisyam Hamid.

Antara pengisian saluran Astro Fiesta (CH 996/HD CH 998) adalah rangkaian konsert bertaraf antarabang­sa seperti Katy Perry - The Primastic World; 5 Seconds of Summer; MTV World Stage; Queen - A Night at the Odeon dan I Am - Smtown.

Melalui OD Fiesta yang juga saluran rancangan bersiri dan filem terkini, pelanggan juga disajikan program seperti Scarlet Heart; The Hiddens; My Sister; The Walking Dead; Outcast dan Suri Hati Mr Pilot selain semua karya tempatan, Hollywood serta 150 judul filem Tamil.

Saluran ini dapat dinikmati pelanggan melalui sambungan internet. Malah, mereka yang berada di luar rumah berpeluang mengikuti siaran percuma dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG).

Sasar capaian 90 peratus pelanggan

Berkongsi aspirasi Astro, Rohana memberitah­u, stesen TV kabel berbayar itu yakin memperoleh 90 peratus capaian pelanggan bersama sasaran tujuh juta isi rumah bagi tempoh lima tahun.

Rohana berkata, melalui pendekatan dua hala mencakupi model berbayar dan perniagaan percuma, Astro dapat menyediaka­n akses kepada 30 juta individu di rumah atau menerusi AOTG bagi tempoh sama.

“Kami akui daya saing untuk memenangi masa dan wang pengguna akan dilihat lebih sengit dengan kehadiran aspek digital dalam industri media yang serba berubah.

“Namun, kunci kepada keutuhan syarikat selama 20 tahun adalah daripada segi keupayaan Astro mengenali pelanggann­ya dengan lebih baik selain peka dengan cabaran mendatang,“katanya.

Sebagai bonus tambahan, pelanggan

Astro juga berpeluang memenangi 20 pengalaman eksklusif, sekali seumur hidup seperti lawatan ke Ireland Utara bagi merasai pengalaman Game of Thrones dan menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris di England.

Pelanggan boleh melayari laman web www. astro.com.my/celebratin­gyou untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ/BH ] ?? Majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-20 Astro di Studio Satu Astro.
[ FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ/BH ] Majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-20 Astro di Studio Satu Astro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia