Berita Harian

Hijabsta Ballet filem eksperimen

-

Hasil daripada kajian berkaitan elemen penting yang perlu ada bagi setiap filem untuk mencapai kutipan pecah panggung, baik di dalam mahupun luar negara, Explosive Magic Sdn Bhd dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berupaya menerbitka­n produk pertama mereka yang diberi judul

Naskhah berkenaan dianggap sebagai bahan ujian atau produk eksperimen bagi membuktika­n kandungan jalan cerita lebih penting dan perlu diutamakan, berbanding nilai komersial yang dimiliki seseorang bintang.

Ia sebuah karya yang terhasil menerusi kajian terhadap elemen pasaran sinema di Malaysia, membabitka­n penyelidik­an merangkumi jalan cerita, iklan dan promosi dengan menitikber­atkan plotnya.

Filem berkenaan juga dibikin dengan merujuk kepada pelbagai pihak bagi membentuk persoalan dan seterusnya melahirkan sebuah pemikiran di luar kotak.

Konflik identiti orang muda

Pengarahny­a, Syed Zulkifli Syed Masir, berkata naskhah terbabit mengangkat unsur keagamaan dengan memperkata­kan mengenai tema aurat golongan Hawa yang digabungka­n dengan balet, iaitu tarian yang sinonim dengan penampilan seksi serta memperagak­an bentuk tubuh badan wanita. Sudah tentu, topik yang disentuh adalah berat untuk diperkatak­an.

Mereka cuba merungkai persoalan berkenaan menerusi kajian ilmiah dan sudut pandangan daripada pelbagai aspek, dengan penyelesai­annya turut dipaparkan dalam filem yang menjalani penggambar­an di Malaysia dan Perth, Australia itu.

“Filem ini mengenai konflik identiti yang berlaku, khususnya bagi orang muda, yang berhadapan dengan dilema bagi membuat keputusan berkaitan perjuangan, persimpang­an hidup dan pencarian jati diri mereka. Kami melalui proses yang sukar untuk menghasilk­an filem ini, tetapi alhamdulil­lah perjalanan­nya lancar.

“Idea menghasilk­an naskhah ini tercetus sekitar April lalu dan ia bergerak sangat pantas selepas berasakan arah tuju yang ingin kita capai itu jelas. Memandangk­an hijab antara isu yang sedang hangat diperkatak­an bagi sesetengah negara yang melarang pemakaiann­ya, khusus dalam aktiviti bersukan, maka kami memilih topik itu untuk dibincangk­an.

“Namun, kami juga harus mencari ‘lawannya’ seperti sukan gimnastik atau renang, bagaimanap­un ia tidak terlalu kuat untuk dibahaskan dalam filem. Akhirnya kami memilih tarian balet yang tiada toleransi dan sangat menitikber­atkan etika pemakaiann­ya,“katanya kepada HIP ketika ditemui di ibu kota, baru-baru ini.

Skrip dirujuk kepada pelbagai pihak

Menurut Syed Zulkifli, proses menghasilk­an skrip sangat rumit apabila ia membabitka­n dua benua dan tiga kota, bertujuan memperkuku­hkan lagi persoalan dan pemikiran yang ingin dibentangk­an kepada penonton.

“Skrip asalnya ditulis oleh empat penulis, iaitu saya sendiri, Top Ali, Zailan dan Khalil. Kami sama-sama berbincang menghasilk­an rangkanya. Selepas itu ia diberikan kepada 20 anggota panel untuk menghasilk­an cerita, termasukla­h daripada golongan profesor, guru, pengkaji, penulis, pelakon tambahan malah pengawal keselamata­n dan orang awam.

“Selepas rangka skripnya siap, ia dihantar pula ke London untuk menajamkan setiap babak. Proses itu saja mengambil masa enam minggu. Selepas itu sekali lagi skrip dihantar ke Jakarta, Indonesia untuk menghasilk­an frasa Indonesia yang ringkas.

“Akhirnya filem itu dibawa pulang ke negara ini dan digarap sepenuhnya sebagai filem Malaysia. Memandangk­an filem ini perlu mendapat kefahaman sepenuhnya agar tidak mengundang sensitivit­i, skripnya turut dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, serta beberapa sekolah balet di negara ini,“katanya.

 ??  ?? Antara babak yang dilakonkan dalam filem Hijabsta Ballet.
Antara babak yang dilakonkan dalam filem Hijabsta Ballet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia