Berita Harian

DILEMA WAJAH ‘MAT SALIH’

Josiah Hogan harap dapat lari daripada watak biasa lakonannya

-

Selain bakat, selalunya wajah yang menawan juga menjadi antara faktor membolehka­n seseorang pelakon menyerlah di layar perak mahupun kaca televisyen.

Berbekalka­n rupa-paras menarik, ia seakan-akan menjadi tiket untuk mereka mendapat peluang meneruskan kerjaya di bidang terbabit.

Bak kata sesetengah pengarah, wajah yang sedap dipandang memang menjadi kelebihan kepada pelakon, manakala bakat masih boleh dibentuk sebaik saja kaki melangkah masuk ke lokasi.

Josiah Padilla Hogan boleh digolongka­n dalam kategori pelakon yang bertuah dianugerah­kan seraut wajah tampan. Memilih darah kacukan Amerika-latin, beliau mempunyai pakej cukup baik untuk mengumpan penonton mengikuti naskhah yang dilakonkan lelaki ini.

Sering diberi watak sama

Ironinya, Josiah berasakan wajah ‘mat salih’ yang dimilikiny­a menjadi batas kepada beliau untuk mengembang­kan bakat dalam bidang berkenaan.

Josiah atau nama Islamnya, Mohamad Musleh, 30, meluahkan kekecewaan apabila sesetengah penerbit dan pengarah sering memandang luaran beliau semata-mata apabila berbicara mengenai watak yang seharusnya beliau hayati.

“Saya tentunya kecewa kerana selepas sekian lama berkecimpu­ng dalam bidang lakonan, namun sering ditawarkan watak sama saja. Majoriti watak diberikan terhad kepada rupa ‘mat salih’ dan jarang keluar daripada skop tipikal itu.

“Pelbagai usaha sudah diambil bagi memberikan pendedahan mengenai bakat lakonan yang saya miliki ini. Saya fasih bertutur dalam loghat Kelantan dan Terengganu, namun banyak pihak memandang enteng perkara terbabit.

“Banyak pihak mencadangk­an kepada saya untuk mencuba nasib di seberang. Bagaimanap­un, saya membesar di sini dan ingin bergerak seiring bersama industri seni tempatan, oleh itu berilah peluang untuk saya mengubah persepsi tipikal terhadap diri saya ini,” kata Josiah.

Kepercayaa­n keluarga dijaga

Aktor ini turut meluahkan kekecewaan apabila pelakon yang kurang dari segi disiplin dan bakat diberikan kepercayaa­n untuk melakonkan watak utama berbanding dirinya.

Lelaki yang pernah mencuri hati peminat dengan drama Cinta Jangan Pergi ini sememangny­a serius terhadap kerjaya seni yang diceburi apabila mengambil pendekatan menyewa bilik untuk tinggal di ibu kota, sementara isteri,

Ayu, dan anak-anaknya berada di Pahang.

“Saya akan pulang ke kampung apabila ada kelapangan kerana kurang gemar tinggal di kota. Oleh itu, saya memilih untuk hanya menyewa bilik di sini. Rumah sebenar kami adalah di Pahang.

“Biarpun berjauhan dengan keluarga, saya menetapkan pemikiran, tinggal di ibu kota untuk mencari rezeki. Saya menepis dengan baik segala dugaan kerana fokus diberikan kepada isteri dan anak-anak saja.

Elak salah guna laman sosial

“Isteri adalah wanita tercantik di mata saya. Kepercayaa­n yang diberikan tidak akan dimusnahka­n begitu saja. Saya tidak mahu menanggung dosa di akhirat nanti,” katanya.

Biarpun mengelola sendiri akaun Facebook dan Instagramn­ya,

Josiah enggan menyalah gunakan medium perantara bersama peminat itu. Bintang filem KL Vampires ini menegaskan, beliau meletakkan batas dalam perihal peribadi dan juga kerjaya.

Josiah berharap, peminat turut menghargai bakat yang dimiliki dan bukan sekadar paras rupanya semata-mata.

Bercerita mengenai perkembang­an kerjaya, lelaki ini turut terbabit dengan penggambar­an filem Surf This Love, baru-baru ini. Naskhah berkenaan menampilka­n pelakon seperti Shukri Yahya, Cristina Suzanne, Beto Kusyairi, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.

Karya Wan Mohd Hafiz Wan Hussain terbitan Global Solution Resources itu menjalani penggambar­an di Pulau Tioman dan Bali, Indonesia.

Saya tentunya kecewa kerana selepas sekian lama berkecimpu­ng dalam bidang lakonan, namun sering ditawarkan watak sama saja”

Josiah Padilla Hogan, Pelakon

 ?? [ FOTO SURIANIE MOHD HANIF / BH ] ??
[ FOTO SURIANIE MOHD HANIF / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia