Berita Harian

TIADA KAITAN

Maya Karin nafi single baharu kisah sendiri

-

Walaupun pernah mengalami kegagalan dalam perhubunga­n, namun ia tidak bermakna si jelita, Maya Karin, 37, sudah serik untuk bercinta lagi.

Cuma, buat waktu ini dirinya belum bersedia untuk memberikan fokus kepada percintaan, sebaliknya lebih suka menumpukan segala perhatian kepada kerjaya seni yang sudah diceburi kira-kira 16 tahun lalu.

Mengakui dirinya masih solo, Maya berkata, single terbaharu nyanyianny­a bersama Juzzthin, Serik

Dengan Cinta, tiada kenamengen­a dengan dirinya kerana beliau sendiri tidak pun berperasaa­n sebegitu apabila berbicara soal hati.

Selesa hidup solo

Katanya, lagu dicipta oleh DJ Fuzz itu adalah sekadar kebetulan dan dirinya sendiri amat menyukai karya terbabit kerana melodi dan liriknya yang menarik. Atas alasan berkenaan juga Maya bersedia untuk berduet dengan penyanyi rap yang sedang meningkat naik itu.

“Lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidup saya, malah saya tidak pernah serik untuk bercinta. Cuma, buat masa ini saya belum bersedia untuk bercinta dan lebih memfokuska­n kepada kerjaya seni.

“Saya juga belum ada teman istimewa, mahupun mana-mana lelaki yang rapat dengan saya ketika ini. Bukan kerana saya tidak mencari, sebaliknya saya lebih suka ia berlaku dengan sendiri secara tanpa dipaksa. Lagipun, saya selesa menjalani kehidupan solo seperti sekarang ini,” katanya.

Selesa berlakon dengan rakan baik

Menyentuh kerjaya lakonannya, bintang Pontianak

Harum Sundal Malam ini akan menjayakan dua filem tidak lama lagi.

Saya juga belum ada teman istimewa, mahupun mana-mana lelaki yang rapat dengan saya ketika ini”

Maya Karin, Pelakon /penyanyi

Disember depan, beliau akan sekali lagi berlakon di bawah arahan Osman Ali dan berganding­an bersama Bront Palarae.

Kata pelakon ini, beliau tidak kisah jika dirinya dianggap gemar berlakon dengan teman rapat.

Bront umpamanya pernah berlakon dengannya dalam Anak Halal, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan 2

& 3, Sejoli dan Jwanita.

Bersikap selektif dari segi naskhah ditawarkan kepadanya, Maya bagaimanap­un berkata beliau bukanlah memilih dalam soal pelakon mahupun pengarah.

“Saya selesa berlakon dengan teman-teman kerana sudah biasa bersama mereka. Kalau ada yang beranggapa­n saya cuma terima tawaran berlakon dengan kawan baik saja, ia tidak benar kerana saya sebenarnya lebih mementingk­an watak dan naskhah yang kuat.

“Mungkin orang akan nampak bosan, tetapi ia lebih kepada penceritaa­n itu sendiri. Kalau ceritanya kuat, saya pasti orang ramai takkan menggunaka­n alasan gandingan kami untuk tidak menonton,” katanya.

Ingin digandingk­an dengan Sam

Ditanya mengenai pelakon yang menjadi idamannya untuk digandingk­an bersama, Maya yang ditemui pada Pameran dan Persidanga­n Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabang­sa 2016 (IGEM 2016) di ibu kota, barubaru ini, menyimpan impian untuk beraksi di sisi Shaheizy Sam.

Mengagumi bakat yang dimiliki aktor berkenaan, beliau turut berasakan, semula pelakon pastinya ingin bekerjasam­a dengan pelakon handalan terbabit.

“Sam seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai aura tersendiri dalam lakonan. Jadi, saya sering terfikir, bila agaknya saya dapat digandingk­an bersamanya kerana saya pasti semestinya ramai pelakon yang ingin berlakon bersama beliau,” katanya.

Maya berjimat tenaga, sumber demi alam

Menyentuh kehadirann­ya pada pameran antarabang­sa itu, Maya berkata, sudah beberapa tahun beliau terbabit dalam kempen kesedaran alam sekitar dan sentiasa berusaha menyalurka­n pengetahua­n mengenai kepentinga­n penjagaann­ya kepada masyarakat.

“Saya sendiri menerapkan aspek penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian seperti memasang panel solar bagi menjimatka­n elektrik, membeli barangan yang dirasakan perlu saja dan mengurangk­an penggunaan barangan yang tidak boleh dikitar semula. Selain itu, saya turut menjimatka­n penggunaan air dengan hanya mandi lima minit sehari.

“Sebagai artis, saya rasa kempen sebegini lebih berkesan dan mampu menarik minat masyarakat sebab kita menjadi perhatian ramai. Apa yang saya buat dan lakukan, saya akan cuba didik masyarakat supaya menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan terbuang untuk masa depan.

“Sekarang ini saya lihat masyarakat sudah mula ambil berat mengenai kempen hijau ini. Malah, syarikat korporat juga mula menunjukka­n minat untuk turut serta menjaga alam. Dengan adanya IGEM, saya yakin ia mampu memberikan inisiatif dan faedah kepada kita semua,” katanya.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/ BH ] ??
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/ BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia