Berita Harian

Seni kraf barangan terbuang

- Oleh Noor Azlina Zainudin

Pernahkah adik-adik terfikir bahawa kita boleh menghasilk­an pelbagai idea kreatif dan kraf tangan daripada barang-barang terpakai seperti botol minuman, span, tin aluminium dan surat khabar lama? Hasil kraf tangan berkenaan boleh dijadikan hiasan dan digunakan semula di rumah atau sekolah, malah boleh membantu adik-adik menjana pendapatan sampingan. Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Selangor, Puan Maizura Abdul Isa, berkata banyak idea kreatif dan kraf tangan menarik boleh dihasilkan daripada bahan terpakai, terbuang ataupun barangan kitar semula.

Unsur kreatif

Beliau berkata, benda yang sebelum ini tidak digunakan kerana dibuang atau disimpan akan menjadi bernilai jika digunakan semula atau diberi elemen kreatif agar menjadi barang perhiasan yang menarik. “Bagaimanak­ah untuk mendapatka­n idea bagi penghasila­n kraf tangan daripada bahan ter- buang? Mudah sahaja. Langkah pertama, kumpulkan bahan yang ingin digunakan semula seperti botol plastik. “Kenal pasti struktur bahan berkenaan dan fikir kegunaanny­a. Contohnya, botol plastik yang berbentuk silinder boleh dijadikan bekas menyimpan alat tulis atau pasu bunga. “Paling penting, benda yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah seperti boleh digunakan semula, memiliki nilai kreativiti yang tinggi dan kelihatan menarik," katanya.

Kurangan pencemaran

Mengapakah kita perlu mengitar semula bahan terpakai untuk dijadikan bahan kraf tangan? Antara kebaikanny­a ialah proses ini boleh mengurangk­an jumlah sampah yang dibuang pada setiap hari sekali gus mengurangk­an masalah pencemaran alam sekitar. Penghasila­n kraf tangan daripada bahan terbuang juga membantu menjimatka­n kos selain boleh menjadi cara terbaik untuk memupuk daya kreativiti dan mempamerka­n bakat dalam seni kraf. Antara bahan terpakai yang mudah ditemukan dan boleh digunakan semula sebagai hasil kraf tangan ialah kertas, botol plastik, tin aluminium, sudu plastik, batang aiskrim, cawan lama, perca kain, bekas telur, span dan kotak.

 ??  ?? Puan Maizura Abdul Isa menunjukka­n beruang teddy hiasan yang dihasilkan daripada span terpakai.
Puan Maizura Abdul Isa menunjukka­n beruang teddy hiasan yang dihasilkan daripada span terpakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia