Berita Harian

380 pindah akibat air pasang besar

Fenomena bakal landa beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjun­g

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Suzianah Jiffar, Khairul Azran Hussin, Petah Wazzan Iskandar, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Suzalina Halid, Muhammad Yusri Muzamir, Omar Osman, Nur Syafikah Shahrom, Nursyahira­h Marzuki dan Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my

Ombak kuat setinggi sehingga 2.8 meter melanda bahagian belakang deretan kedai di persisiran pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, berikutan fenomena air pasang besar semalam.

̌

Sebanyak 380 mangsa dari 90 keluarga di Selangor dipindahka­n, berikutan fenomena air pasang besar yang diramal melanda Pantai Barat Semenanjun­g minggu ini, mula memberikan kesan yang lebih berbanding kelmarin, awal pagi semalam.

Ini menjadikan dua lagi pusat pemindahan banjir beroperasi, iaitu di Klang dan Sabak Bernam membabitka­n Dewan Masyarakat Sungai Keramat, Kapar dan Dewan Seri Sekinchan. Sebelum ini pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Dewan Sungai Air Tawar dan Dewan Parit Baru sudah beroperasi.

Bagaimanap­un, di negeri lain walaupun kesan fenomena itu sudah mula dirasakan, tiada pemindahan penduduk dijalankan. Hanya di Kedah lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Kota Kuala Muda, meninggalk­an kediaman masingmasi­ng sementara, awal pagi semalam sebagai langkah berjaga-jaga.

Kawasan terbabit ialah Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Paya, Kampung Sungai Meriam dan Kampung Sungai yang berpindah keluar secara berperingk­at mulai jam 1 pagi selepas air pasang besar mula melimpahi tebing dan kembali ke rumah masingmasi­ng pagi semalam.

Di Selangor, ombak setinggi 5.5 meter dicatatkan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitun Abd Samad, berkata langkah berjaga-jaga diambil kerana air pasang besar dijangka meningkat sehingga 5.7 meter hari ini.

Guna teknologi dron

Unit Pengurusan Bencana Selangor juga menggunaka­n teknologi dron untuk memantau sebarang perkembang­an dari udara.

Beliau bagaimanap­un meminta orang ramai tidak panik kerana guni pasir digunakan sebagai benteng masih mampu menahan limpahan air laut, walaupun jika paras air meningkat sehingga 5.7 meter.

Di Sungai Petani, tinjauan BH mendapati paras air laut meningkat berbanding kelmarin menyebabka­n lebih 10 rumah sekitar Kampung Masjid dan Padang Salim dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Ombak besar turut menyebabka­n batas ban penahan ombak di Kampung Sungai Meriam pecah dan limpahan air berserta lumpur ketika air pasang bermula jam 11.30 pagi semalam berlarutan lebih dua jam turut menyebabka­n tali air untuk bekalan ke sawah dimasuki air laut sehingga merebak ke kawasan sawah padi.

Pegawai Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad, berkata sehingga jam 2 petang, tiada mangsa dipindahka­n di mana-mana pusat pemindahan, namun 40 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan dalam keadaan siapsiaga untuk proses pemindahan mangsa jika perlu.

Di Georgetown, tinjauan BH di Teluk Bahang dan Teluk Kumbar mendapati, majoriti bot nelayan di kawasan berkenaan terpaksa ditambat di pesisir pantai bagi mengelak dihanyutka­n air pasang besar.

Difahamkan, kebanyakan nelayan tradisi tidak turun ke laut berikutan bimbang kawasan kampung terjejas akibat banjir dijangka melanda pada bila-bila masa.

Di Johor Bahru, Pegawai Operasi APM Johor, Mejar (PA) Nurrul Azle Ab Jabar, berkata sehingga petang semalam, keadaan di daerah sekitar negeri masih terkawal.

Katanya, beberapa daerah berisiko masih diberi keutamaan, iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota tinggi dan Mersing.

Berdasarka­n laporan APM, kawasan Johor Bahru mencatatka­n bacaan paras 3.8 meter pada jam 11.52 malam kelmarin, Muar (2.5 meter), Mersing (2.56 meter), Pontian (3.2 meter) dan Batu Pahat (3.1 meter).

Laut sedikit berombak

Di Port Dickson, tinjauan BH di beberapa kawasan mendapati, keadaan air pasang dan surut lebih awal daripada biasa serta cuaca berangin menyebabka­n laut sedikit berombak, bagaimanap­un tidak menghalang orang ramai meneruskan aktiviti beriadah.

Apa pun, sekurang-kurangnya 15 kampung di daerah ini dikhuatiri dinaiki air jika fenomena air pasang besar berlaku, diikuti hujan lebat dan angin kencang serentak.

Kampung terbabit adalah Kampung Sawah, Kampung Jawa, Kampung Pachitan, Kampung India, Kampung Bukit Pelandok, Kampung Bukit Melintang, Kampung Chuah, Kampung Baru Site A, Kampung Jimah, Kampung Sungai Raya, Kampung Si Rusa Dalam, Kampung Telok Pelanduk, Kampung Air Meleleh, Kampung Paya dan Taman Sri Tarjing.

Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel Kamal Mokhtar, berkata pihaknya mengambil langkah menempatka­n semua aset dari ibu pejabat di Seremban ke daerah ini bagi memudahkan tugas menyelamat­kan jika perlu.

Di Ipoh, bahagian pesisir pantai negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada mangsa dipindahka­n sehingga jam 6 petang semalam.

Setiausaha Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman, berkata hanya satu laporan paras air naik di kawasan Kuala Sepetang, dekat Taiping petang semalam dan cuaca hujan kembali surut kira-kira jam 6 petang.

Sehingga petang semalam, keadaan di daerah sekitar negeri masih terkawal” Nurrul Azle Ab Jabar, Pegawai Operasi APM Johor

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ??
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH]
 ??  ?? Dua penduduk melihat keadaan ombak yang kuat sehingga memecahkan benteng yang dibina bagi mengelakka­n air masin memasuki ke kawasan sawah di Kampung Sungai Meriam, Kedah.
Dua penduduk melihat keadaan ombak yang kuat sehingga memecahkan benteng yang dibina bagi mengelakka­n air masin memasuki ke kawasan sawah di Kampung Sungai Meriam, Kedah.
 ?? [ FOTO SHAHRIZAL MD NOOR/BH ] ??
[ FOTO SHAHRIZAL MD NOOR/BH ]
 ?? [ FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH ] ?? Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau fenomena air pasang besar yang berlaku di pantai di Kampung Sungai Lurus, Batu Pahat.
[ FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH ] Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau fenomena air pasang besar yang berlaku di pantai di Kampung Sungai Lurus, Batu Pahat.
 ?? [ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH ] ?? Khuriah Mohd Sahmsi mengemas rumah sambil dibantu oleh jiran selepas kejadian air pasang besar di Kampung Sri Keramat, Kapar.
[ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH ] Khuriah Mohd Sahmsi mengemas rumah sambil dibantu oleh jiran selepas kejadian air pasang besar di Kampung Sri Keramat, Kapar.
 ??  ?? Sebahagian mangsa banjir berehat di dalam khemah yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Perpindaha­n banjir di Dewan Kampung Tok Muda, Kapar.
Sebahagian mangsa banjir berehat di dalam khemah yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Perpindaha­n banjir di Dewan Kampung Tok Muda, Kapar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia