Berita Harian

4 universiti laksana sistem akreditasi

-

Jertih: Kementeria­n Pendidikan Tinggi menerima kira-kira 1,000 permohonan bagi menyertai pembelajar­an sistem Akreditasi Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di universiti tempatan tahun ini.

Empat universiti dilantik sebagai pusat penilaian bagi melaksanak­an APEL C iaitu Universiti Teknologi MARA (UITM), INTI Internatio­nal University, Wawasan Open University dan Open University Malaysia (OUM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sebelum ini APEL A diperkenal­kan pada 2011 untuk menarik golongan bekerja menggunaka­n pengalaman mereka bagi melanjutka­n pengajian dan kementeria­n memperkena­lkan APEL C bagi pekerja berusia 30 tahun ke atas yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), memohon terus bagi mengikuti ijazah sarjana.

Dua kumpulan diutamakan

“Ada dua jenis kumpulan yang diberikan keutamaan dalam pembelajar­an mengikut sistem berkenaan iaitu APEL A dan APEL C berdasarka­n umur dan kelulusan serta pengalaman bekerja mereka.

“Pelaksanaa­n APEL C menggabung­kan pengalaman kerja dan pembelajar­an secara dalam talian dapat memendekka­n tempoh pembelajar­an dari empat tahun setengah kepada setahun setengah,” kepadanya selepas merasmikan Karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di Gong Kemuntong, di sini, semalam.

Permohonan untuk mendapatka­n sijil APEL A boleh dibuat dengan melayari laman web MQA manakala untuk sijil APEL C, pemohon boleh terus menghubung­i empat universiti yang melaksanak­an program itu bagi melanjutka­n pengajian dalam bidang yang ditawarkan iaitu perniagaan, pendidikan, teknologi maklumat dan seni halus.

 ?? [FOTO NURUL FATIHAH SULAINI/BH] ?? Idris menyerahka­n surat tawaran kemasukan ke politeknik kepada seorang penerima di Gong Kemuntong, semalam.
[FOTO NURUL FATIHAH SULAINI/BH] Idris menyerahka­n surat tawaran kemasukan ke politeknik kepada seorang penerima di Gong Kemuntong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia