Berita Harian

SAINGAN UBER, GRABCAR

Kebanjiran kereta sapu di Lembah Klang jadi alasan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris, Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnan

10,000 berhenti jadi pemandu teksi, serah semula kereta

̌

Kegagalan kerajaan menyelesai­kan isu Uber dan Grabcar menyebabka­n 10,000 daripada 38,000 pemandu teksi di Lembah Klang, terpaksa memulangka­n semula kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit sejak awal tahun lalu.

Operasi perkhidmat­an berasaskan aplikasi bukan sahaja meninggalk­an beban yang semakin sukar ditanggung pemandu teksi, malah bakal mengakibat­kan perkhidmat­an teksi konvension­al di ibu negara berkubur.

Mendedahka­n perkara itu, Pengerusi Persatuan Transforma­si Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain, berkata keahlian 54 persatuan teksi di Lembah Klang semakin berkuranga­n kerana pemandu tidak lagi mampu mencari pendapatan dengan membawa teksi.

Tak mampu bayar sewa harian

“Seramai 10,000 pemandu teksi terpaksa memulangka­n semula teksi kepada syarikat pemilik permit kerana tidak mampu menjelaska­n bayaran sewa harian ekoran jumlah penumpang kian merosot, selain pengguna lebih cenderung menggunaka­n perkhidmat­an Uber dan Grabcar.

“PERS1M yang mempunyai 418 ahli sebelum ini semakin berkuranga­n apabila 50 pemandu teksi keluar persatuan dan berhenti menjadi pemandu teksi kerana tidak lagi mampu menjana pendapatan seperti dahulu,” katanya kepada BH, semalam.

Kamaruddin mendakwa, sekurangku­rangnya lima teksi dikembalik­an kepada syarikat pemilik permit setiap hari kerana pemandunya tidak mampu menanggung beban bayaran berikutan kekurangan penumpang menggunaka­n khidmat mereka.

Masalah sama turut dikongsi Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari (Bestari), Mohamed Ashraf

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia